Famili

9 Lokasi ‘Keras’ Dalam Malaysia, Yang Akhir Sekali Baru Dirobohkan & Ada Bau Wangi…

38
SHARES
tempat berhantu

Tidak dapat dinafikan, alam kita ini mempunyai banyak ‘lapisan’ dan didiami oleh pelbagai jenis makhluk sama ada boleh nampak dengan mata kasar atau tidak. Inilah yang menjadikan lokasi atau tempat berhantu itu wujud kerana anda terpaksa berkongsi dengan ‘makhluk’ lain.

Oleh itu, buat anda yang merupakan peminat cerita seram dan sering melakukan aktiviti paranormal untuk ‘berkawan’, berikut merupakan 9 lokasi berhantu popular yang ada dalam Malaysia. AWAS! Kalau sekali cuba mungkin ada yang lain ikut pulang ke rumah!

Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!

9 TEMPAT BERHANTU DALAM MALAYSIA YANG JADI ‘LUBUK’ AKTIVITI PARANORMAL

1.Bukit Tunku

tempat berhantu

Foto hiasan.

Bukit Tunku yang terletak di Kuala Lumpur ini merupakan tempat tinggal bagi golongan atasan kerana harganya yang terlalu mahal termasuk mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Memang banyak rumah mewah di sini namun kebanyakkannya tidak mempunyai penduduk di dalamnya kerana ramai yang tinggal di luar negara.

Cerita hantu di Bukit Tunku dikaitkan dengan rumah penjajahan British yang dihantui oleh hantu wanita yang telah membunuh diri dan hantu misteri yang berkeliaran di kawasan tersebut pada waktu malam. Awas, jangan bersiar pada waktu malam di kawasan ini!

2.First World Hotel, Genting Highland

tempat berhantu

Ini merupakan lokasi yang paling digemari ramai untuk berkunjung kerana lengkap dengan semua kemudahan termasuk cuaca yang sejuk! Namun di sebalik kesejukkan ini terselit kisah menyeramkan berlaku di hotel ini berpunca daripada salah satu mangsa judi yang telah kehabisan wang dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Buktinya, ada beberapa tetamu hotel yang tiba-tiba jatuh sakit, terbau kemenyan di sesetengah kawasan (terutamanya di kawasan yang pernah dilalu mangsa, menurut kepercayaan Cina). Namun, bilik-bilik di hotel ini masih laku seperti biasa mungkin kerana tidak sangka ia berhantu.

3.Kellie’s Castle

Menjadi salah satu lokasi sejarah yang dinyatakan dalam buku teks sekolah dan turut menjadi tempat dilawati ramai, Kellie’s Castle ini adalah salah satu lokasi seram yang ada di Malaysia. Malah, namanya sendiri sudah mewujudkan rasa meremang dan bangunan ala Scottish ini terletak di Batu Gajah, Perak.

Bangunan ala Scottish ini terletak di Batu Gajah, Perak. Bangunan ini telah dibina oleh William Kellie Smith untuk isteri (Agnes) dan dua orang anaknya, Helen dan Anthony. Bangunan istana ini dibina untuk menunjukkan kejayaannya tetapi disebabkan oleh masalah kekurangan wang, bangunan ini tidak berjaya disiapkan.

Semasa penjajahan Jepun, bangunan istana itu telah digunakan sebagai tempat untuk menyeksa dan membunuh tahanan. Ada yang mengatakan pernah ternampak kelibat hantu yang berlegar di sekitar bangunan tersebut dan rasa seperti ‘bisikan angin’ di telinga.

4.Kediaman Mona Fendi 

Sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, Mona Fendi adalah individu yang kekal sebagai misteri dalam kalangan rakyat Malaysia.Nama ini juga tidak lari dari dikaitkan dengan hantu kerana dikatakan telah terlibat dengan satu ritual yang melibatkan ilmu hitam untuk membantu ahli politik mendapatkan kekayaan dan kuasa. Ritual itu berakhir dengan ahli politik tersebut dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di halaman belakang rumahnya.

Ada yang mengatakan rumah Mona Fendi yang terletak di Seksyen 12 Shah Alam masih berhantu sehingga kini. Malah, beliau juga pernah menyebut bahawa dia ‘tidak akan mati” sebelum dijatuhkan hukuman gantung pada 2001. Seram!

5.99 Mansion, Pulau Pinang

Dikenali dengan nama 99 Mansion, Byram Estate dan juga Caledonia House, lokasi rumah berusia lebih daripada 150 tahun ini terletak di Pulau Pinang. Kisah seram ini wujud apabila dikatakan menjadi lokasi pembunuhan dan ilmu hitam.

Terdapat cerita yang mengatakan bahawa berlakunya pembunuhan terancang terhadap cucu kepada sebuah keluarga yang tinggal di 99 Mansion. Seluruh keluarga yang menetap di situ juga dikatakan dibunuh oleh tentera Jepun yang menceroboh ke Malaysia.

Bangunan ini seterusnya dihuni oleh seorang doktor yang mengamalkan ilmu hitam yang mungkin telah meninggalkan segala hantu yang dimilikinya di bangunan tersebut dan menyebabkan bangunan tersebut bertambah seram.

6.Banglo di Taman Tenaga Puchong

Pemilik banglo yang terletak di kawasan bukit ini dikatakan telah meninggalkan rumahnya dalam keadaan terbiar kerana terlihat satu kejadian yang menggerunkan. Namun, ada kisah lain pula mengatakan bahawa telah berlaku pembunuhan yang melibatkan nyawa satu keluarga yang pernah berhutang kepada ceti haram. Ada yang pernah berani masuk ke dalam rumah itu dan memberitahu ternampak lilin berwarna merah yang dikaitkan dengan pelbagai ritual.

7.Hotel Mandirin Pacific

Ada yang merancang untuk tidur hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur? Kalau ya, boleh fikir semula jika anda sudah tempah bilik di hotel lama, Hotel Mandarin Pacific. Ramai juga yang mengatakan terdengar bunyi pintu dan kerusi bergerak pada waktu malam atau bunyi guli jatuh di atas lantai (mengikut kepercayaan orang Melayu, bunyi ini bermakna tempat ini berhantu). Semua cerita ini dikatakan berpunca daripada bilik 1102. AWAS!

8.Banglo Jalan Turi

Lokasi ini agak kurang popular dalam kisah seram yang ada di Malaysia kerana ramai yang tidak tahu. Pada tahun 1992, seorang pengawal keselamatan banglo ini telah membunuh dua kanak-kanak dan seorang pembantu rumah di sini serta membuang mayat mereka di dalam tangki septik rumah tersebut.

Ada beberapa orang yang melalui Jalan Turi, Taman Bukit Bandaraya telah terlihat satu susuk tubuh budak yang melihat keluar di satu banglo terbiar.

Banglo Jalan Turi ini sekarang telah dirobohkan, tapi siapa yang tahu apa yang masih menghantui kawasan tersebut.

9.Rumah banglo Allahyarham Sharifah Aini

Banglo mewah milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya ini sering menjadi idaman ramai. Banglo bernilai RM8 Juta ini sudah pun dirobohkan kerana tapak perumahan tersebut bakal dijadikan projek pembunaan baharu. Namun, sebelum dirobohkan, banglo yang memiliki 9 bilik tidur, 7 bilik air, dewan acara, 5 ruang tamu, kolam ikan, surau dan perpustakaan ini memiliki ‘keseraman’ yang sedikit lain.

Hal ini dikatakan bahawa setiap ruang banglo itu tidak mempunyai secalit habuk serta wangi walaupun tiada penghuni di dalamnya. Menurut individu yang pernah masuk ke dalam rumah itu mengatakan semasa hayat beliau, kediaman tersebut sering dijadikan tempat anak-anak tahfiz mengadakan majlis ilmu.

*Ada yang nak cuba buat aktiviti paranormal di senarai lokasi ini? Jangan lupa buat LIVE di Tiktok ya!

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: iProperty

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×