Famili

Wanita Kongsi Nota Mengaji Arwah Ibu Padat Dengan Doa, Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata

8
SHARES
belajar mengaji

Sebagai seorang Muslim, proses belajar mengaji Al-Quran itu tidak akan habis malah semakin banyak kita gali ilmu ini, semakin banyak yang kita perolehi. Bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, malah mengaji Al-Quran serta mengamalkan doa-doa bacaan tertentu yang ada dalam kitab terulung ini juga dapat membantu kita dalam hal-hal yang dilakukan seharian.

Seperti perkongsian dari Puan Wawa Shauqi ini menunjukkan himpunan nota mengaji dari arwah ibunya yang boleh dijadikan panduan serta amalan orang ramai. Malah, himpunan doa-doa dan bacaan surah tertentu dalam nota ini membuatkan orang ramai mengalirkan air mata kerana tersentuh serta merindui ibu mereka sendiri…

Baca juga: Usia 30-39 Tahun Ada Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Bersiap-Sedialah Untuk Lebih Cekal!

WANITA INI KONGSI NOTA BELAJAR MENGAJI ARWAH MAK, PADAT DENGAN DOA

Nota mengaji arwah mak. Jemputlah baca dan kongsi. Mudah-mudahan mengalir pahala untuk arwah.

Mak bukan pandai mengaji asalnya. Kalau dengar dia mengaji dulu, memang macam budak baru belajar mengaji je bunyinya. Selalu kena bahan dengan kami. Lepas penat survive cancer dan kena aniaya sihir, mak ambil keputusan duduk di pondok. Belajar mengaji.Mak ni, banyak kekurangan dia. Sudahlah kematian suami sejak anak masih kecil. OKU pendengaran pula. (Tapi bukan jenis fully.)

Kalau mengaji, mak kena pakai alat dengar. Bila alatnya rosak, dia dah down. Malu nak pegi surau. Ustaz xeramah tak dengar. Orang tegur dia, sampai marah-marah sebab dia tak dengar.Haih. Mak…mak. Bila mak dah belajar mengaji kat sana, nampak seronok betul dia. Mengaji dah pandai. Bacaan dah bertajwid. Bila jumpa kami, dia excited kongsi cara bacaan yang dia dah belajar. Mak saya ni, begitulah. Dia kalau tahu sesuatu tu, semua benda dia nak share dengan orang. Sebab itulah hari ni, saya gunakan platform yang saya ada untuk panjangkan apa yang saya jumpa dalam notanya. Semoga mengalir pahala buat mak. Al Fatihah buat mak.

1.Mak banyak kali beli Quran. Nak cari yang paling serasi. Sebab tulisannya besar. Mudah nampak. Lepas tu ada sekali rujukan tajwid setiap muka surat. Dan indicator cara nak baca.

belajar mengaji

2.Saya sukakan buku Kumpulan 10 surah ni. Compile semua surah yang mak selalu baca tiap solat. Dalam nota mak ni mak tulis surah yang dibaca selepas solat:

– Subuh : Surah Yasin
– Zuhur : Surah Al-Rahman
– Asar : Surah An-Naba
– Maghrib : Al-Waqiah
– Isya’ : As- Sajdah & Al- Mulk
– Hari Jumaat : Surah Al-Kahf

3.Buku ni mak bagi setiap anak-anak pada tahun 2009. Mak punya hilang. Dia guna adik punya. Yang dia guna inilah yang paling lunyai petanda diguna sehabis baik. Buku ni agak lengkap untuk panduan semua solat. Termasuk solat dhuha, tahajjut, hajat, solat taubat, doa lepas solat, zikir-zikir, dan surah yaasin. Sekarang buku dia dah tukar warna sikit.

belajar mengaji

4.Doa bacaan mak selepas solat. Dijemput save dan amalkan. Moga mengalir pahala buat arwah mak saya

belajar mengaji

5.Terjumpa kertas ini. Mak selalu mengadu sakit. Inilah doa aduan dia dekat Allah.

6.Doa yang saya jumpa dalam muka hadapan Al-Quran. Allah makbulkan doa mak. Mak tumbang selepas balik dari mengaji..

“Ya Allah. Aku ingin bersahabat dengan Al-Quran. Jadikan ia peneman hidupku. Mudah-mudahan, kumembacanya siang dan malam. Amin.”

7.Doa paling buat hatiku koyak.

“Ya Allah, aku bersaksi kepadaMu bahawa aku redho kepada anak-anakku (sebut nama) dengan redho yang sempurna. Maka turunkanlah Ya Allah keredhoanMu kepada mereka demi redhoku kepada mereka.”

8.Doa mempermudahkan hajat.

NISFU SYAABAN- Lepas Maghrib

– Yasin pertama : Panjang umur, taat, taqwa, istiqomah dengan Allah.

– Yasin kedua : Rezeki halal, tolak keburukan.

– Yasin ketiga : mohon tetap dalam Islam.

– Astaghfirullahalazim 100x

– Tahmid, takbir 100x

– Selawat 100x

9.Malam 10 Ramadan akhir

– Al-Fatihah 3x (1/3 Al-Quran)
– Al-Zalzalah 3x (1/2 Al-Quran)
– Al-Kafirun 4x (1/4 Al-Quran)
– Al-Ikhlas 3x
– Yasin 1x

Baca tiap malam 10 hari akhir = 5x khatam

10.As-Syura ayat 19 – lembutkan hati anak

Surah al-Qasar ayat 24
– pertolongan rezeki
– doa Nabi Musa dilanda kesusahan
– Ikhlas – Allah angkat darjat Nabi Musa

11.“Ya Allah, izinkanlah kami menjadi hambaMu yang sentiasa dekat denganMu. Engkau gerakkanlah hati kami agar selalu cintakan kebaikan serta dapat merasai kemanisan beribadah.”

12. Pembatal sihir dan sakit

-Surah Yunus 81- 83 & Surah Al-Araf 117-122 -(Pembatal sihir – tapak tangan kanan pegang ulu hati selepas tiap kali solat).

-Surah As-Syu’ara ayat 130 : hancur batu karang, sakit belakang, pinggang, lutut dll.

13.Nak belajar makhraj/ sebutan huruf. Ni haa nota rujukan. (Muka surat belakang)

14.Nota makhraj. Muka surat depan

15. Bacaan

#Ikhfa Hakiki – dilemahkan, diringankan (bunyi tanwin) “An ta” (ringankan, lidah ditengah)

#Idgham Maal Ghunnah – Lembut. Memasukkan. Menggabungkan

#Iqlab- tukarkan bunyi tanwin

#Idgham bila ghunnah- memasukkan bunyi dengan dengung

#Izhar halqi – nyatakan / jelas

16.Bahaya tidur lepas Asar

– Cepat lupa.
– Tingkatkan asid perut
– Pedih ulu hati. Gerd
– Risiko strok
– Naik berat badan 2x

17.Saya suka nota ni. Sebab saya pun salah baca dulu.

Surah Al Kafirun- “Wala antum…” , “An” jangan kurang 2 harakat – 4 harakat

Surah An-Nas, ayat 4- “Miñ syarri” (Jelas dan dengung)

18.Kalau susah menghafal

Bismillah
Ya Baari
Ya Baqi
Ya Hakim
Ya Alim
Ya Rasyid

Alurkanlah ilmu dalam otak. Kekalkanlah. Dan keluarkanlah apabila perlu.

*MasyaAllah, banyak perkongsian doa yang boleh kita rujuk dan jadikan amalan seharian. Semoga mengalir pahala arwah ibu kepada Puan Wawa Shauqi seperti air yang mengalir tanpa henti. Aamin..

Baca juga: Zikir Untuk Ibu Yang Kepenatan Bekerja Dan Urus Anak, Amal Ini Supaya Lebih Bertenaga!

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×