Nur

Kelebihan Baca Surah Yassin Setiap Pagi, Keajaibannya Sangat Menakjubkan!

38
SHARES
fadilat surah yassin

Sebagai seorang Muslim, sudah pastinya terdapat beberapa pilihan surah yang menjadi amalan setiap hari. Antara surah yang popular adalah Surah Yassin yang merupakan surah ke-36 dalam Al Quran. Ternyata, banyak fadilat surah Yassin yang sering dibaca setiap malam Jumaat ini jika dibaca pula pada setiap pagi.

Sebagai permulaan hari, membaca surah Yassin sebelum atau selepas solat Subuh amatlah disarankan supaya bukan pahala sahaja dikumpul malah hati pun tenang. Tak percaya? Kena amalkan bermula sekarang.

Baca juga: Peritnya Kena Tempuh 5 Fasa Ini Selepas Perginya Insan Tersayang, Amal 3 Doa Wajib Setiap Hari

FADILAT SURAH YASSIN, AMALKAN SETIAP PAGI HATI RASA TENANG..

fadilat surah yassin

Foto: Bola.com

Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.

Menurut sebuah hadis, Surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya dalam kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

“Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.”

Jadi, keberkatan yang dicari bukan sahaja boleh dijadikan bacaan amalan setiap malam Jumaat dan hari biasa, malah setiap pagi merupakan waktu yang sangat disarankan untuk membaca surah ini. Apabila orang yang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

-Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

-Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

-Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

-Jika terpenjara akan dibebaskan.

-Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

-Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

-Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.

-Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

-Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Bukan itu sahaja, malah amalan setiap pagi yang ramai orang perlu cuba ini juga boleh membuatkan:

1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.

fadilat surah yassin

Foto: Bincang Syariah

*Ada juga dikongsikan satu tips bahawa Surah Yasin ayat 76 dibaca untuk mententeramkan diri apabila kita difitnah, apabila kita rasa sedih, merasa sebak atau kecewa hati terluka. Cara untuk menenangkan diri dengan menggunakan bacaan ayat suci ini adalah dengan membaca sambil mengurut dada. Insya-Allah hasilnya lega.

Baca juga: Perbezaan Basuhan Air Kencing Bayi Lelaki Dan Perempuan Menurut Islam, Ramai Yang Keliru!

Sumber: Kashoorga.com

Foto: Motherhood.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×