Nur

Peritnya Kena Tempuh 5 Fasa Ini Selepas Perginya Insan Tersayang, Amal 3 Doa Wajib Setiap Hari

8
SHARES
doa ketika sedih

Kehilangan orang tersayang yang merupakan insan paling penting dalam hidup seseorang merupakan momen yang paling ‘gelap’ untuk ditempuhi. Menempuh proses duka kehilangan ini juga perlu ditemani dengan amalan seperti solat, memohon doa selepas solat serta amalan doa ketika sedih.

Terdapat lima fasa yang anda perlu tempuhi sebaik sahaja mengalami kehilangan orang tersayang yang mengambil tempoh berbeza bagi setiap individu. Fahamkan dahulu fasa kehilangan ini dan sambil-sambil itu, amalkan juga doa merawat kesedihan seperti di bawah..

Baca juga: Tampil Lain Dari Yang Lain Untuk Populariti & Pakaian Meleret, Ini Bahaya Pakaian Syuhrah!

MEMAHAMI PROSES DUKA KEHILANGAN, AMAL DOA KETIKA SEDIH INI

doa ketika sedih

Duka akibat kehilangan atau kematian ataupun ‘grief’ terbahagi kepada 5 fasa iaitu :

1) Penafian (Denial)

Rasa terkejut serta tidak mempercayai bahawa perkara itu berlaku. Ini merupakan satu mekanisme pertahanan diri yang sementara untuk menangani emosi yang membuak.

2) Kemarahan (Anger)

Perasaan marah terhadap mereka yang telah meninggal dunia atau kehidupan timbul disebabkan oleh individu tersebut merasakan bahawa beliau telah ditinggalkan sendirian.

3) Tawar-menawar (Bargaining)

Terfikir dengan pelbagai kebarangkalian yang boleh atau patut dilakukan agar kematian tersebut dapat dielakkan.

4) Kesedihan (Depression)

Kesedihan mula dirasai apabila individu tersebut mula memahami bagaimana kehilangan tersebut akan mempengaruhi hidup mereka. Tanda- tanda yang dialami adalah seperti menangis, sukar tidur, kurang selera makan serta berasa keseorangan.

5) Penerimaan (Acceptance)

Apabila mencapai fasa ini, individu tersebut dapat menerima kematian tersebut dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

DOA-DOA UNTUK LEBIH TENANG..

#1. Doa Ketika Sedih dan Kecewa

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’

Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh”

(Sahih Bukhari)

#2. Doa Ketika Sedih Agar Diberi Pertolongan

Doa ketika sedih yang seterusnya yang boleh anda amalkan adalah doa penenang hati atau doa tenangkan hati sewaktu sedih disamping memohon pertolongan dari Allah dalam setiap urusan iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths

Maksudnya:

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

#3 Doa Ketika Sedih dan Gelisah

Amalkan doa tenangkan hati ini untuk atasi segala kesedihan yang membelenggu diri iaitu:

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِوَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِوَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal

Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”

(Sahih Bukhari)

*Semoga segala proses kedukaan ini digantikan dengan cahaya baharu yang menyinar-nyinar dalam kehidupan kita. Amin..

doa ketika sedih

Baca juga: Mimpi Sesuatu Berwarna Putih Dalam Islam Tanda Anda Ada Saka? Ini Maksudnya…

Sumber: Twitter @eliyamoi, Motherhood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×