Nur

Tampil Lain Dari Yang Lain Untuk Populariti & Pakaian Meleret, Ini Bahaya Pakaian Syuhrah!

60
SHARES
maksud pakaian syuhrah

Sejak kebelakangan ini, kita dipaparkan dengan pelbagai jenis fesyen yang diperagakan oleh para selebriti di laman media sosial dan di majlis anugerah. Menjadi pengetahuan baharu juga untuk orang ramai adalah, pakaian yang dikenakan ini ada juga yang melampau dan dipanggil pakaian syuhrah. Apakah maksud pakaian syuhrah ini?

Seperti yang dijelaskan di bawah, perkara ini mungkin kelihatan ‘simple’ tetapi membawa kepada kemudaratan diri sendiri di kemudian hari. Awas, jangan menarik pehatian orang sangat ya!

Baca juga: Allahu..Kembang Tekak Bila Terjumpa Rambut Dalam Makanan, Kena Buat Apa Ni?

MAKSUD PAKAIAN SYUHRAH, TAMPIL BERBEZA DAN CARI POPULARITI

maksud pakaian syuhrah

Ancaman berpakaian syuhrah, pakaian untuk tampil berbeza atau mencari populariti. Dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِى الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارًا

“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.”

(HR. Ibnu Majah, no. 2922. Syaikh Al-Albani mengatakan hadis ini hasan).

Asy-Syaukani dalam Nail Al-Authar mengatakan bahawa yang dimaksud syuhrah adalah menampakkan sesuatu. Yang dimaksud adalah pakaiannya tampil berbeza dari lainnya, dilihat dari sisi warna misalnya. Akhirnya orang lain tertarik melihat tampilannya yang berberbeza dari lainnya. Yang berpenampilan syuhrah akhirnya berjalan di hadapan yang lain dengan menimbulkan takjub dan kesombongan.

Bukan itu sahaja, merujuk kepada laman web Mufti Wilayah Persekutuan, ada juga yang bertanyakan pendapat apabila melihat ramai dalam kalangan wanita terlibat dalam trend gaun wanita sengaja direka panjang dan meleret atas tuntutan fesyen.

Kebiasaannya gaun tersebut dipakai pada hari majlis persandingan dan majlis-majlis berprestij. Persoalannya, apakah hukum wanita memakai pakaian panjang meleret?

Allah SWT memerintahkan hamba-hambaNya untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Ini berdasarkan dalil al-Quran :

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya- Surah Al-A’raf (26)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah SWT iaitu pakaian untuk menutup aurat, pakaian untuk perhiasan dan pakaian takwa. Perkataan “اللباس” dalam ayat tersebut merujuk pakaian asas (dharuriyah) untuk menutup aurat. Manakala “الريش” ialah sesuatu yang dipakai supaya nampak cantik pada luarannya (takmilat). Sementara, pakaian taqwa yang dimaksudkan secara majazi (kiasan) ialah amal soleh menurut Ibnu Abbas( Lihat. Tafsir al-Quran al-Azim (3/400).

Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama khusus bagi pakaian individu muslim. Ini menunjukkan keluasan dalam menggayakan pakaian mengikut pakaian adat setempat sekalipun berfesyen. Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika mengayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna selain mengikut piawaian yang telah ditentukan syarak.

Seterusnya, kaum wanita boleh melabuhkan pakaiannya sehasta daripada buku lali agar tidak tersingkap aurat di bahagian tumit kakinya. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA.anhuma, sabda Rasullullah SAW :

مَن جرَّ ثوبَهُ خيلاءَ لم ينظُرِ اللَّهُ إليهِ يومَ القيامةِ ، فقالَت أمُّ سَلمةَ كيف يصنع النساء بذيولهن؟ قالَ : يُرخينَ شبرًا ، فقالت : إذًا تنكشفَ أقدامُهُنَّ ، قالَ: فيُرخينَهُ ذراعًا ، لا يزِدنَ علَيهِ

Maksudnya: Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana kesombongan, Allah SWT tidak melihatnya pada hari kiamat. Maka, Ummu Salamah telah bertanya : Bagaimana wanita menguruskan bahagian bawah jubahnya? Maka Baginda SAW menjawab: Labuhkan ia sebanyak sejengka. Maka Ummu salamah berkata: Jika masih terlihat di bahagian bawah kaki. Baginda bersabda :“Maka labuhkan sebanyak sehasta dan jangan lebih dari itu”.- Riwayat al-Tirmidzi (1731)

HANYA DIBENARKAN LABUH SEHASTA DARI BUKU LALI

maksud pakaian syuhrah

Bagi menjawab persoalan yang diajukan berkisar wanita yang memanjangkan pakaiannya kerana tuntutan fesyen seperti gaun pengantin atau selainnya yang melebihi sehasta. Maka, kami cenderung menyatakan bahawa wanita hanya dibenarkan melabuhkan pakaiannya sehasta dari buku lali untuk menutupi aurat keseluruhan kakinya berdasarkan hadis yang telah dinyatakan.

Namun sekiranya memakai pakaian yang sengaja direka terlalu panjang meleret melebihi sehasta, maka ia merupakan satu bentuk pembaziran dalam berpakaian, apatah lagi disertakan niat untuk bermegah dengan mempamerkan kecantikan secara berlebihan. Islam melarang umatnya melakukan pembaziran serta sikap bermegah berdasarkan dalil-dalil berikut:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”- (Surah al-A’raf : 31)

Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia perlu bersikap sederhana dalam melakukan sesuatu kerana Allah tidak suka sama sekali mereka yang melampaui batas.

Berlebih-lebihan dalam berpakaian akan dapat menimbulkan rasa bangga diri dan berlagak angkuh kepada orang lain. Rasulullah SAW melarang memakai pakaian untuk meraih kemasyhuran. Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ

Maksudnya : “Siapa yang memakai pakaian syuhrah di dunia maka Allah memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat.”- Riwayat Ibn Majah

@misi_sk

Ada beberapa aturan yang perlu dipahami setiap Muslim dalam berpakaian. Salah satunya adalah mengenakan pakaian syuhrah atau yang tidak sesuai dengan tempatnya. Nabi Muhammad SAW sendiri memang melarang seseorang berpenampilan berbeza di tengah masyarakat. Seseorang yang mengenakan pakaian tersebut akan menimbulkan prasangka negatif dari masyarakat. Allah pun akan murka dengan orang tersebut. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mengenakan pakaian syuhrah di dunia, niscaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah) #rasulullah_saw #bangsabertauhid #selawat #mahsyar #hukum #fyp

♬ original sound – by Shamz – by Shamz

*Jadi, bersederhanalah dalam pemakaian seharian kerana yang sederhana itu adalah manis dipandang di mata manusia dan juga Allah SWT.

Baca juga: Hukum Transaksi ‘Buy Now Pay Later’, Nak Mudahkan Atau Dikira Riba?

Sumber: Twitter @TweetIslamik, Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×