Nur

Ada Ramai Peminat Tapi Bukan Senang-Senang Je Janda Boleh Kahwin Tanpa Wali, Ini Hukumnya

2
SHARES
wali nikah janda

“Eh mana wali nikah janda tu? Senang-senang je dia kahwin eh?” ujar makcik bawang..

Mempunyai wali merupakan kriteria yang wajib untuk melangsungkan akad nikah di dalam Islam. Setiap kali berada di masjid, kita akan perhati siapa yang menjadi wali kepada pengantin perempuan jika ayah pengantin telah tiada. Namun, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan wali kepada seorang janda?

Mempunyai pengalaman dalam perkahwinan, adakah janda masih memerlukan wali untuk melangsungkan akad nikah yang baharu? Jangan buat keputusan sendiri, berikut merupakan penjelasan hukum dari Mufti supaya anda tidak dikecam oleh makcik bawang nanti.

Baca juga: 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Kahwin Lelaki Gaji Bawah RM5k, Rela Bujang..

WALI NIKAH JANDA NI KENA ADA ATAU TAK?

wali nikah janda

Mempunyai wali merupakan salah satu rukun nikah yang wajib, majoriti fuqaha berpendapat bahawa perkahwinan seorang perempuan tanpa wali adalah tidak sah dan terbatal. Perkara ini tidak membezakan sama ada perempuan tersebut anak dara atau janda.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

لَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ، وَلَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا

Maksudnya: “Seorang perempuan tidak harus mengahwinkan perempuan lain dan tidak harus mengahwinkan dirirnya sendiri.” Riwayat al-Daraqutni (3/227) Ibn Majah (1882)

Hikmah disyariatkan wali dalam perkahwinan adalah mengikut kebiasaan adat yang sebaiknya yang mana tidak wajar seorang perempuan melakukan akad sendiri. Ini kerana dia mestilah memiliki sifat malu sebagai seorang perempuan. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/61]

Untuk pengetahuan anda, wali dalam perkahwinan terbahagi kepada wali mujbir dan wali ikhtiyar.

1.Wali mujbir : Merupakan bapa dan datuk sebelah bapa sahaja.

2.Wali ijbar : Hanya boleh mengahwinkan anak dara sama ada kanak-kanak atau dewasa, dan berakal atau gila tanpa izinnya dan kerelaannya.

Ini kerana wali mujbir lebih mengetahui perangai dan masalah anak perempuan tersebut dan wujudnya perasaan kasih sayang terhadapnya. Walaubagimanapun, memaksa anak perempuan yang masih dara untuk berkahwin dengan pilihan wali adalah tidak afdhal. Bahkan afdhal dan sunat meminta izin untuk mengahwininya sebagai penghormatan dan menyedapkan hati.

Justeru seorang wali mujbir yang mengahwinkan anak perempuannya perlulah menepati syarat yang berikut:

-Tidak terdapat permusuhan yang nyata antara wali dan anak perempuan yang diwalikannya

Bakal suami yang dipilih mestilah sekufu

-Bakal suami berkeupayaan menyerahkan mas kahwin dengan segera

Berbeza pula sekiranya anak perempuan tersebut adalah seorang janda. Janda tidak boleh dikahwinkan tanpa keizinannya atau kerelaannya walaupun wali tersebut ialah bapanya sendiri. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW:

لَا تُنْكَحُ الْأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ، وَلَا تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: «أَنْ تَسْكُتَ»

Maksudnya: “Janganlah dikahwinkan janda sehingga diminta persetujuannya dan janganlah dikahwinkan anaka dara sehingga diminta izinnya.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana mengetahui keizinannya?” Rasulullah SAW bersabda: “Dia diam.”- Riwayat al-Bukhari (5136) dan Muslim (1419)

Jadi, ada hikmah sebenarnya untuk anda mendapatkan persetujuan janda sebelum mengahwinkannya adalah kerana dia sudah memahami tujuan perkahwinan. Pengalaman daripada perkahwinanya terdahulu menyebabkan dia lebih senang berterus terang dalam memberikan persetujuannya.

wali nikah janda

Gambar hiasan

*Tetapi, apa yang pasti adalah setiap perkahwinan tidak kira masih anak dara atau janda, tidak akan sah tanpa adanya seorang wali. Ini merupakan rukun nikah yang WAJIB untuk pernikahan yang sah. Jangan pandai-pandai pergi nikah sendiri kerana beranggapan diri sudah mempunyai pengalaman ya.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×