Famili

Cara Untuk Dapatkan Calon Jodoh Dalam Tempoh Sebulan, Tak Kena Perli ‘Single’ Dah!

63
SHARES
cara dapatkan kekasih

“Orang asyik tanya aku kenapa masih single, penatlah! Ada cara dapatkan kekasih dengan cepat tak eh?”

Mempunyai kekasih, buah hati, girlfriend atau boyfriend merupakan perkara normal dari zaman dahulu sehingga kini. Namun, menjadi budaya tidak normal seperti apa yang diperkatakan oleh Gen Z adalah apabila anda yang cantik dan kacak ini masih ‘single’ seperti tiada siapa yang berminat!

Bukan tak ada orang yang berminat, mungkin ramai dalam kalangan anda yang solo ini masih belum tahu cara yang betul untuk membuka peluang cinta. Jangan risau, untuk anda yang inginkan kekasih dan calon jodoh berkahwin dalam tempoh sebulan, Siraplimau senaraikan 7 langkah mudah. Harap menjadi lah ya!

Baca juga: Hubungan Romantis Suami Isteri Makin Pudar, Guna 5 Cara Ini Untuk ‘Panaskan’ Kembali Cinta!

BUAT YANG MASIH SINGLE, INI CARA DAPATKAN KEKASIH DALAM TEMPOH SEBULAN

cara dapatkan kekasih

1. Ubah diri jadi seorang yang berkeyakinan tinggi

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tergolong dalam kategori ‘introvert’ iaitu seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Inilah yang menjadi masalah apabila dalam proses berkenalan dengan seseorang kerana anda akan menjadi ‘extra’ pemalu!

Oleh itu, apa kata anda berdiri di hadapan cermin setiap hari dan bercakap dengan diri sendiri supaya latihan keyakinan diri ini menjadi kekal dalam diri anda. Latih untuk jadi lebih berkeyakinan, ubah cara pemakaian supaya lebih kemas dan sudah pasti banyak mata akan memandang.

2. Follow the flow, kekal sabar

Orang yang sabar selalunya akan untung bukan? Jadi, kekalkan sifat sabar yang disukai oleh Rasulullah SAW supaya apa yang anda inginkan tersebut mudah untuk didapati. Penting juga untuk anda tidak terlampau memaksa diri serta orang yang diminati supaya menerima perhubungan baharu tersebut. Kekal sabar dan follow the flow supaya tidak kecewa dalam pengharapan.

3. Bersosial

Inilah merupakan cara yang paling mudah untuk anda bertemu dengan calon jodoh dan bukan hanya mengharapkan bulan jatuh ke riba! Kalau dah setiap hari asyik duduk di rumah sahaja tanpa mahu bersosial, macam mana kita nak bertemu dengan orang baharu dalam hidup kan?

Ambil masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti hadir ke majlis hari jadi, kenduri-kendara atau keluar bersama kawan-kawan. Mana tahu, ada orang yang anda kenali boleh terserempak ketika bersosial bersama rakan-rakan tersebut.

4. Buka peluang kepada orang ramai

Kalau anda perasan, mungkin ramai yang sebenarnya menyukai anda dalam diam tapi kalau dah pintu hati tertutup rapat, macam mana nak hadirkan orang baharu? Oleh itu, dalam proses ini sangat penting untuk anda buka peluang kepada orang ramai untuk mengenali diri. Bukan hanya untuk mencari jodoh, malah ini juga membantu anda untuk berkawan dan membuat ‘connection’ supaya mudah di kemudian hari. Kalau dalam proses berkawan itu ‘terlekat’ dengan calon jodoh pun apa salahnya.

5. Bersedia untuk memikul tanggungjawab

Mempunyai hubungan dengan seseorang ini bukanlah sekadar cinta sahaja. Anda memerlukan sifat tanggungjawab yang tinggi kerana ikatan ini akan berakhir dengan perkahwinan yang direstui agama. Ingatlah bahawa ikatan yang terjalin juga merupakan tanggungjawab kita sebagai penjaga kepada pasangan tersebut. Kalau asyik fikir cinta 24 jam pun tak boleh juga kan?

6. Kena pandai baca ‘body language’

Mungkin anda telah melakukan beberapa langkah di atas tetapi masih tidak menjadi? Jom kita belajar pula tentang apa yang dipanggil bahasa badan atau ‘body language’. Dengan mengenali body language seseorang anda dapat tahu sama ada orang tersebut menunjukkan minat untuk berkawan atau tidak. Bukan itu sahaja, diri anda sendiri pun kena tahu untuk memberikan signal bahawa anda pun berminat dengan si dia. Boleh cuba!

7. Pandai-pandai cari ‘orang pengantara’

Ada juga dalam kalangan kita yang mendapat pasangan bukan hasil dari usaha sendiri dan datangnya dari orang pengantara. Mungkin ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mencadangkan beberapa calon untuk berkenalan dan inilah masanya untuk anda mengambil langkah!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh gunakan orang pengantara ini menyampaikan salam atau niat bahawa ingin berkenalan di dalam proses seterusnya.

cara dapatkan kekasih

*Sesiapa yang masih single mungkin boleh cuba cara yang disenaraikan di atas dalam masa sebulan. Kalau ada yang menjadi, boleh komen dekat Siraplimau okay! Selamat mencari jodoh!

Sumber: LoveStrategies.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×