Famili

Kecewanya Bila Tak Dilayan…Rupanya Anda Tak Kenal Jenis ‘Love Language’ Pasangan!

23
SHARES
jenis love language

Pernah tak merasai pasangan seperti tidak menghargai cara anda mencurahkan kasih sayang kepada mereka? Kadang-kadang sampai terfikir apa lagi yang tak cukup sedangkan hari-hari sudah tunjuk rasa kasih sayang terhadap mereka. Sebenarnya, isu utamanya adalah perbezaan jenis love language.

Lazimnya pada awal perkahwinan sudah pasti banyak persamaan antara anda dan pasangan berkongsi. Namun, semakin lama mengenali, banyak perbezaan ketara yang muncul.

Baca juga: Teknik Berbincang Suami Isteri, Ini Petua 3 Waktu Terbaik! – Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

KETAHUI 5 JENIS LOVE LANGUAGE PASANGAN

‘Love language’ adalah bahasa cinta. Sebenarnya, apa yang membuatkan anda rasa dicintai adalah tidak sama dengan apa yang pasangan rasa. Satu kesalahan orang berkahwin adalah mereka cenderung menunjukkan kasih sayang dengan cara yang mereka mengharapkan daripada suami atau isteri.

Kesannya, apabila pasangan tidak memberi tunjuk balas yang diharapkan, anda sendiri berasa kecewa. Isunya bukan di atas keikhlasan cinta, tetapi anda dan pasangan hanyalah berkomunikasi menggunakan bahasa cinta yang salah. Ada 5 ‘love language’ yang perlu anda tahu demi menjadi pasangan yang terbaik. Jom cari tahu apa 5 bahasa cinta itu!

Love Language #1: Words of Affirmation

Pasangan suka dengan kata-kata galakan dan dorongan anda. Baginya, kata-kata itu adalah satu sokongan dan tanda anda menyampaikan rasa cinta kepada mereka. Kata-kata itu boleh jadi dalam apa-apa bentuk seperti pujian. Contohnya:

  • “Cantik awak hari ini”
  • “Terima kasih kerana masakkan untuk saya”

Anda boleh cuba fokus kepada penampilan, personaliti atau apa-apa yang pasangan sudah lakukan dalam rumah seperti mencuci pinggan untuk mula memuji mereka. Melalui kata-kata, mereka akan rasa dihargai.

jenis love language

Love Language #2: Physical Touch atau Sentuhan Fizikal

Dalam perkahwinan, ‘physical touch’ bermaksud pegangan tangan, kucupan, pelukan, hubungan seks, ataupun hanya dengan sandar kepala atas bahu ketika menonton ‘movie’ di rumah. Jika pasangan memberikan respon positif terhadap apa-apa yang melibatkan sentuhan, sudah pasti bahasa cinta mereka adalah ‘physical touch’!

Kadangkala, perbuatan ‘simple’ seperti memeluk pinggang pun boleh membuatkan pasangan anda bahagia jika ‘love language’ mereka adalah ‘physical touch’!

jenis love language

Love Language #3: Quality Time atau Masa Berkualiti Bersama

Walaupun hari-hari jumpa, tetapi pasangan masih tidak puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pelik, kan? Bahasa cinta yang ketiga ini adalah pasangan suka mempunyai masa yang berkualiti bersama anda. Namun, masa berkualiti itu mestilah dipenuhi dengan sepenuh perhatian kepada mereka, bukanlah hanya sekadar meluangkan masa bersama!

Contohnya, pandang ke arah mata mereka ketika melakukan apa-apa aktiviti. Dengar apa yang mereka celotehkan. Oleh itu, mereka akan rasa masa yang terluang bersama anda adalah berkualiti.

Ingat, walaupun berada dalam rumah yang sama, namun jika tidak diberi perhatian kepada mereka, sudah pasti pasangan akan merasakan anda tidak luang cukup masa bersama.

Love Language #4: Act Of Service

Pasangan rasa disayangi apabila anda melakukan sesuatu yang mereka sukai. Contohnya seperti masak, basuh baju, mop lantai, tukar lampin anak dan banyak lagi.

Melalui tindakan anda, mereka berasa dihargai sebagai pasangan. Pernah dengar “actions speak louder than words”? Pepatah inilah yang paling kena dengan apa yang mereka mahukan daripada pasangan!

jenis love language

Love Language #5: Menerima Hadiah 

Jika pasangan anda suka menerima hadiah, maka ‘love language’ ini adalah bahasa cinta dia. Namun, hadiah itu bukanlah setiap masa perlu mahal atau berjenama, kadang-kadang pemberian surat pun cukup untuk buat pasangan rasa dicintai dan dihargai!

Sebenarnya, apa yang pasangan hargai adalah ‘moment’ anda mengingati mereka ketika membeli hadiah! Hadiah itu bukanlah penting sangat, tetapi ingatan kepada mereka adalah apa yang pasangan idamkan.

Jadi, bolehlah anda cuba mana-mana ‘love language’ bersama pasangan. Jika mendapat respon positif, maka itulah ‘love language’ mereka! Semoga perkahwinan anda lebih bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: Focus On The Family

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×