Terapi

Suka Pakai Warna Hitam? Ini Personaliti Anda Menurut Psikologi

370
SHARES
personaliti warna hitam

Pemilihan Warna Hitam Mencerminkan Personaliti Si Pemakai

Anda lebih memilih warna hitam bila berpakaian? Kurang yakin atau tak berkenan dengan warna-warna lain?

Walaupun warna hitam sering dikaitkan dengan aura yang suram, mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya ia adalah warna yang solid dan kuat.

Warna hitam juga tidak pernah lapuk dalam trend fesyen.

Meskipun warna ini tidak menyerlahkan si pemakai, namun ia mencerminkan sisi elegan, misteri dan cool pada seseorang.

Pemilihan warna hitam pada kebanyakan masa juga dapat mencerminkan personaliti seseorang.

“Anda boleh menggayakan warna hitam pada setiap masa. Ia sesuai untuk semua lapisan usia dan sesuai untuk dipakai dalam apa jua acara”

Christian Dior

Kalau anda perasan, antara yang selalu mengenakan baju hitam adalah mendiang Steve Jobs. Dalam kebanyakan gambar atau acara, anda akan nampak beliau mengenakan baju hitam turtle neck bersama seluar jeans biru.

Ia seolah-olah uniform harian buatnya.

Dengar kata, beliau memang ada banyak baju ini di rumah! Selain memudahkannya untuk berfikir apa jenis baju yang perlu dipakai, Steve Jobs mengakui bahawa ia dapat menjimatkan masa dan menjadikannya lebih produktif untuk memfokuskan kepada perkara yang lebih penting dalam hidup beliau.

Wah, tak pernah terfikir pula kan?

5 Personaliti Di Sebalik Peminat Pakaian Hitam

Warna hitam sememangnya warna yang cukup popular. Apa yang membuatkan kita cenderung untuk memilih warna hitam dalam berpakaian?

Sebagai pemula, minat anda pada warna hitam mungkin boleh dikaitkan dengan personaliti serta faktor lain seperti latar belakang sosial, persekitaran dan pengalaman peribadi.

Dalam dunia fesyen, warna hitam sangat sesuai dipakai setiap masa dalam pelbagai situasi.

Ia sesuai dipakai untuk majlis formal seperti mesyuarat, makan malam serta sesuai dipakai ketika perjumpaan kasual.

Warna hitam juga memberikan aura misteri dan yakin pada si pemakai. Memandangkan warna ini tidak menarik perhatian, si pemakai akan kelihatan lebih elegan dan profesional.

Pada kebanyakan masa, orang yang gemarkan pakaian hitam menggayakannya atas minat sendiri, bukanlah untuk impress sesiapa.

Ini bermakna individu ini juga bersikap lebih berahsia, sukakan privasi dan tidak suka menonjolkan diri dalam keramaian.

Kredit Foto : hancinema.net

1. WARNA HITAM MENCERMINKAN PERSONALITI POSITIF

Berdasarkan satu survey yang dijalankan di England pada lebih 1000 individu, warna hitam telah dipilih sebagai warna yang paling digemari dan dikaitkan dengan ciri-ciri personaliti positif seperti :

  • Menarik
  • Yakin
  • Bijak

Survey ini juga mendapati warna hitam sering dipilih untuk digayakan ketika acara penting seperti temu duga kerja, mesyuarat, majlis perkahwinan dan majlis pengebumian.

2. WARNA HITAM MENONJOLKAN AURA KEYAKINAN

Melalui survey ini, warna hitam juga dilihat berjaya memberikan first impression yang baik ketika menghadiri temujanji penting seperti temu duga dan first date.

Kenapa?

Hal ini disebabkan oleh warna hitam yang menonjolkan personaliti si pemakai sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi, berkebolehan dan boleh dipercayai.

Survery tersebut juga mendapati :

56% responden memilih hitam sebagai warna yang mencerminkan keyakinan.

Dalam berpakaian, 84% wanita dan 64% lelaki memilih hitam sebagai warna utama.

Walaupun ia tidak menyerlah, namun warna hitam dapat menonjolkan aura yakin, tenang dan ekslusif pada si pemakai.

Kredit Foto : fashionchingu.com

3. WARNA HITAM MELAMBANGKAN KUASA

Walaupun sering dikaitkan dengan kesuraman dan unsur jahat, namun psikologi warna melihat warna hitam sebagai warna yang membangkitkan aura kuasa bagi si pemakai.

Penggemar warna hitam  didapati lebih gemar hidup berdikari di samping memiliki keinginan yang tinggi dalam mengawal diri dan persekitaran.

4. WARNA HITAM BERSIFAT MISTERI

Memang tidak dinafikan warna hitam bersifat misteri.

Pada kebanyakan masa si pemakai ingin orang sekeliling melihat mereka berdasarkan potensi sebenar mereka.

5. WARNA HITAM MENUNJUKKAN SIFAT PERFECTIONIST

Warna hitam menunjukkan sisi seorang yang bersifat teliti.

Ia juga mungkin menandakan seseorang sering mengelak berkongsi emosi atau kelemahan, warna hitam sering dipilih bagi menyembunyikan sisi negatif mereka dari orang lain.

Ini juga menguatkan lagi kenyataan bahawa warna hitam dapat memberikan keyakinan pada ramai orang.

warna hitam

Kredit Foto : soompi.com

Tak kiralah warna apa yang anda suka pakai, apa yang penting adalah anda selesa dan yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Tidak salah pun untuk anda sering memilih warna hitam kerana ia sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa.

Ia juga merupakan warna yang selamat untuk dipadankan dengan warna lain. Jadilah diri anda sendiri ketika berfesyen dan tonjolkan nilai anda yang sebenar dengan style anda tersendiri.

Sumber :

The Psychological Reason Some Women Love Wearing All Black

thoughtcatalog.com

What Wearing All Black Reveals About Your Personality

What Wearing All Black Reveals About Your Personality

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×