Suami Isteri

Aik, Baru Sekejap ‘Bersama’ Dah Pan***? Ini Cara Nak Hubungan Intim Bertahan Lama, Cubalah!

324
SHARES
seks tahan lama

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, selain persefahaman, mempunyai hubungan seksual yang berkualiti juga merupakan kunci utama. Jika ditanya, setiap pasangan pastinya mahukan setiap hubungan seks tahan lama dan memuaskan. Tidak mungkin hanya mampu bertahan beberapa minit sahaja, bagaimana nak dapatkan zuriat kan?

Oleh itu, buat pasangan suami isteri semua, penting untuk anda tahu 5 tips ini supaya hubungan intim bersama pasangan boleh bertahan dengan lebih lama. Bukan sahaja memuaskan dan potensi mendapatkan zuriat adalah tinggi, malah ‘confirm’ suami atau isteri tak cari orang lain dah! Tiada lagi ‘penyondol’ dalam kamus hidupku…

MACAM MANA NAK HUBUNGAN SEKS TAHAN LAMA ATAS KATIL?

seks tahan lama

Masalah yang sering terjadi pada pasangan terutamanya golongan lelaki, adalah pancut awal. Jadi, apa kata cuba 5 cara ini supaya hubungan seksual tahan lama:

1.Adakan Ritual Pra-Seks/Melancap

Melancap sebelum melakukan hubungan seks adalah satu cara untuk anda memberi masa untuk diri sendiri. Menurut pakar,  dengan menggunakan tempoh refraktori, anda memberikan diri peluang yang lebih baik untuk bertahan lebih lama semasa hubungan seks.

2.Guna cincin zakar/ Sex toy

Memang macam dalam filem 50 Shades of Grey, ini merupakan teknik untuk menahan air mani daripada terkeluar lebih awal iaitu dengan berhenti dan memicit bahagian bawah kepala zakar apabila rasa mahu terpancut.

Tapi, agak sukar juga untuk melakukan teknik ini kerana suami perlu menarik keluar zakar dari faraj apabila tiba masanya. Takut terlepas!

Oleh itu, apa kata anda guna cincin zakar?

Menurut pengkaji seks, Masters and Johnson, penggunaan cincin zakar boleh melambatkan air mani terkeluar kerana ia akan menekan dan menghalang darah dari masuk ke zakar sekali gus melambatkan respons ejakulasi.

Namun, perlu diingatkan bahawa cincin zakar yang mempunyai saiz yang salah akan mengakibatkan zakar ‘tercekik’ yang boleh menyebabkan alat kemaluan mati fungsi. Haa sudah!

3.Tukar kedudukan secara strategik

Kelajuan dan tempo yang baik semasa melakukan hubungan intin amat diperlukan supaya mendapat kepuasan maksima. Namun, berada dalam posisi yang sama semasa seks sebenarnya akan mengurangkan ketahanan badan dan selesai dalam masa yang singkat.

Oleh itu, mengubah posisi seks adalah cara yang terbaik! Hal ini kerana tempoh untuk mencapai orgasme bagi posisi yang anda tidak pernah lakukan adalah lebih lambat dari posisi yang sudah terbiasa. Oleh dengan penukaran kedudukan semasa seks dapat membuatkan anda mengambil masa lebih lama untuk mencapai klimaks.

Sebagai cadangan, anda dan pasangan mungkin boleh menukar posisi seks yang memerlukan wanita untuk mengawal ritma penetrasi seperti woman on top.

seks tahan lama

4. Lakukan lebih foreplay & afterplay

Takkanlah kita nak ‘terkam’ pasangan secara mengejut bukan? Oleh itu apa kata ambil masa dengan lakukan aktiviti foreplay dahulu.  Ini adalah petua hubungan seks tahan lebih lama yang perlu diutamakan.

Hal ini kerana, golongan wanita memang lambat untuk mencapai orgasma berbanding lelaki, jadi ini yang menjadikan punca utama hubungan seks kurang memuaskan untuk mereka.

Lebih elok kiranya si suami memulakan acara ‘ringan-ringan’ sebagai pembuka dengan  menyentuh, memeluk, mencium, meraba atau meramas tubuh badan isteri anda sehingga nafasnya mula menunjukkan dia sudah berahi sepenuhnya.

Sesudah itu, barulah anda boleh meneruskan ke agenda utama iaitu memasukkan zakar ke dalam faraj. Ini akan buat hubungan seksual lebih memuaskan buat wanita. Tapi, jangan pula selepas berasmaradana, anda berdua tertidur keletihan ya! Apa kata tutupkan dengan adegan afterplay pula.

Si suami atau isteri boleh mengambil masa dalam adegan afterplay ini untuk bermain-main dengan rambut pasangan, mengusap pipi dan berterima kasih kepadanya. Bukan sahaja membuatkan hubungan seksual tahan lama malah membuatkan ikatan cinta anda berdua makin kuat seteguh Tembok Besar China!

5.Alihkan perhatian

Mungkin agak cliche’, namun mengalihkan perhatian atau fokus kepada perkara lain semasa melakukan aktiviti seksual bersama pasangan dapat memanjangkan lagi masa bersama. Ini bermaksud anda tidak gelojoh ya. Fikirkan tentang apa sahaja yang boleh mengganggu perhatian anda semasa orgasme semakin hampir, ini membantu untuk anda mengabaikan sensasi dan beri sedikit masa untuk ‘comeback’ dengan lebih mantap!

*Apa kata malam ini cuba dahulu teknik-teknik yang disarankan sebelum melayar bahtera bersama isteri, mesti esok bangun wajah berseri-seri…

Sumber: Fatherly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×