Nur

Fail Cerai Guna Tuntutan ‘Syiqaq’, Ini Maksudnya Macam Yang Berlaku Pada Diana Danielle

39
SHARES
proses cerai

Perceraian antara pasangan yang sudah berkahwin merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang berlaku. Namun, selagi perkahwinan itu boleh dijaga dan boleh diperbaiki amat disarankan untuk kita mengelakkan dan membuang perkataan ‘bercerai’ itu dari ditutur oleh mulut. Bukan itu sahaja, proses cerai ini juga agak rumit untuk dilalui dan bukanlah mudah seperti yang disangka.

Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan berita yang memaparkan ramai dalam kalangan pasangan selebriti yang berpisah atau bercerai disebabkan faktor tertentu. Paling terbaharu sekali adalah pasangan selebriti digemari ramai iaitu Diana Danielle dan Farid Kamil, apabila Diana yang memfailkan tuntutan cerai ‘syiqaq’.

PASANGAN BERKAHWIN DALAM PROSES CERAI GUNA TUNTUTAN ‘SYIQAQ’

Ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘syiqaq’. Jadi, ada satu perkongsian di laman Twitter dari Peguam Syarie yang menceritakan tentang masalah rumah tangga yang berlaku.

Tak tinggal sebumbung. Memang dah lama tinggal berasingan. Dah lama tak bercakap. Jika dalam keadaan macam tu bolehlah dikatakan berlakunya perbalahan yang berpanjangan.

Bukan senang nak baiki rumah tangga yang mempunyai masalah yang berpanjangan. Sebenarnya suami ada banyak masa untuk pujuk atau-membaiki hubungan rumah tangga tapi kalau dah tak dapat jugak nak berbaik, sebab tula isteri failkan kes cerai. Sebab isteri terikat dengan status sebgai isteri. Keluar kena minta izin dan kena jalankan tangunggjawab sebagai suami. Biasa isteri filekan cerai sebab tak nak terikat dengan suami sebab dah duduk asing.

APA MAKSUD ‘SYIQAQ’

proses cerai

Pengertian Syiqaq adalah perselisihan, percekcokan, dan permusuhan. Perselisihan yang berkepanjangan dan meruncing antara suami isteri. Kamal Muchtar, peminat dan pemerhati hukum Islam dari Indonesia, pengarang buku asas-asas hokum Islam tentang perkawinan, mendefinisikan sebagai perselisihan suami isteri yang diselesaikan oleh dua orang hakam (juru damai).

Syiqaq merupakan perselisihan yang tarawal dan terjadi pada kedua belah pihak suami dan isteri secara bersama-sama. Dengan demikian, syiqaq berbeza dengan Nusyuz, yang perselisihannya hanya berawal dan terjadi pada salah satu pihak, suami atau isteri.

Untuk mengatasi kemelut rumah tangga yang terjadi antara suami dan isteri, agama Islam memerintahkan agar mendapat keputusan dari orang hakam (juru damai). Pengutusan hakam ini bermaksud untuk memastikan sebab terjadinya syiqaq dan berusaha mencari jalan keluar dengan memberikan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga yang dihadapkan oleh kedua suami istri tersebut.

Sumber: SudutHukum, Twitter @PeguamSyarieAtikah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×