Suami Isteri

“Lepas 6 Bulan Dah Cerai”- Ini Rupanya 5 Fasa ‘Struggle’ Dalam Perkahwinan, Kalau Lepas…

17
SHARES
fasa perkahwinan

Siapa yang tidak menginginkan perkahwinan yang bahagia bukan? Namun, tidak semua dalam kalangan kita dapat ‘rezeki’ seperti itu dan terpaksa menjalani alam perkahwinan yang suram dan berkahir dengan penceraian. Benarlah kata orang bahawa kita akan mengetahui perangai sebenar pasangan selepas berkahwin.

Buat anda yang baru mendirikan rumah tangga, berikut merupakan antara 5 fasa ‘struggle in marriage’ yang anda kena lalui untuk menentukan bahawa hubungan antara suami dan isteri kuat atau tidak.

Baca juga: 5 Fakta Menarik Kenapa Wajah Suami Isteri Selalunya Seiras

ADA 5 FASA ‘POWER STRUGGLE IN MARRIAGE’

Rasa nak share bila tengok keratan akhbar ni. (Ya, kami masih beli surat khabar untuk pelbagai tujuan di rumah. Contoh : alas nak duduk kat dapur masa potong siput sedut). Sedikit perkongsian dari sharing yang saya dengar di Youtube Aiman Azlan bersama Dr. Harlina. Mereka mengupas tentang power struggle in marriage. Secara ringkasnya, dalam perkahwinan ada 5 fasa.

1. Fasa honeymoon/fanatic

– Fasa ini kita akan nampak yg indah-indah saja pada pasangan. Kentut pun wangi la nak kata time ni. Kita ni macam fan kepada pasangan kita. Semua benda kita suka. Fasa ni akan bertahan 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja.

2. Power struggle

– Selepas fasa honeymoon, bermulalah fasa yang paling getir, iaitu power struggle ni. Fasa ni, kita mula nampak sedikit demi sedikit keburukan pasangan. Mereka bincangkan dalam sesi sharing tersebut, memang kita akan tertanya pada diri sendiri “betul ke pilihan yang aku buat ni?”

– Fasa ini memerlukan toleransi dan kesabaran yang paling tinggi. Maka, pasangan yang tak lepas nak tempuh ujian di fasa ini, akan berpisah.

3. Stability

– Fasa ini, kita dan pasangan lebih stabil. Sebab masa ni dah kenal habis dah. Dah tahu perangai, baik buruk masing-masing. Dan dah tahap redha dan berlapang dada.

4. Komitmen

– Fasa ni, pasangan tu bersama sebab komitmen. Nak besarkan anak-anak. Nak tunggu anak-anak kerja, kahwin. Dan pelbagai lagi, semuanya atas dasar tanggungjawab. Sebab itu, ada pasangan yang bercerai, walaupun dah berpuluh tahun kahwin, sebab dah lepas fasa komitmen ni.

5. Bliss

– Fasa ni merupakan fasa terakhir, di mana inilah pengakhiran yang bahagia. Pasangan yang sampai ke fasa ini, dah mencapai kebahagiaan, di mana mereka nak hidup bersama, walaupun tanpa apa-apa sebab. They just want to live together without any particular reason.

Nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan:

1. Yang baru kahwin, anda baru berada di fasa pertama. Enjoy the moment. But, at the same time, jangan disangkakan perkahwinan ini manis sahaja.

2. Saya sama sekali tidak judge, urusan takdir, jodoh, ajal, maut semua ini urusan Allah. Tidaklah saya mengadili mereka yang berpisah dgn pasangan, sebab tak dapat nak cope dengan power struggle. Kerana faktor perpisahan itu banyak sebabnya. Terlalu banyak. Allah knows best. Kita ni manusia biasa je yang banyak sangat jahilnya. Banyak tak faham rahsia Allah. Tapi secara umum, saja nak share 5 fasa perkahwinan oleh Dr. Harlina bila ternampak paper ni.

3. Sungguh, jodoh ni rahsia Allah. Saya doakan sahabat-sahabat yang sedang mencari jodoh, dipermudahkan urusan. Dipertemukan jodoh yang baik baik. Lebih baik berkahwin lambat, berhati hati, daripada tergesa-gesa, dan terpilih orang yg salah. Moga dijauhkan. Nauzubillah.

Kalau ada yang nak share nasihat perkahwinan, dipersilakan. Moga dapat beri manfaat pada yang lain.

*Saya tambah link untuk mudahkan mereka yang nak tengok video asal Aiman Azlan dan Dr Harlina. Sepanjang session itu mereka kongsi terutamanya bagaimana nak tempuhi fasa power struggle. Very good input. I learnt a lot from it. Alhamdulillah.

Sumber: Farhana Fakhira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×