Nur

Bukan Selamanya ‘Honeymoon’, Ini Fasa Perkahwinan Dalam Islam Setiap Pasangan Kena Tempuh

10
SHARES
fasa perkahwinan dalam islam

Siapa yang tidak menginginkan perkahwinan yang bahagia bukan? Namun, tidak semua dalam kalangan kita mendapat ‘rezeki’ seperti itu dan terpaksa menjalani alam perkahwinan yang suram dan berakhir dengan penceraian. Jadi, amatlah penting untuk anda mendedahkan diri dengan ilmu fasa perkahwinan dalam Islam supaya bersedia.

Benarlah kata orang bahawa kita akan mengetahui perangai sebenar pasangan selepas berkahwin. Kalau dahulu kentut pun wangi, tetapi tidak lagi selepas berkahwin!

Baca juga: Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..

FASA PERKAHWINAN DALAM ISLAM, KENA ADA ILMU!

fasa perkahwinan dalam Islam

FASA 1 – 5 tahun pertama perkahwinan

Kata orang, fasa pertama ini merupakan fasa ‘honeymoon’ apabila ini merupakan tempoh untuk kita betul-betul mengenali pasangan. Mungkin ada yang sudah mengenali pasangan lebih bertahun-tahun semasa bercinta, namun perlu untuk anda tahu bahawa semuanya berbeza apabila sudah berkahwin. Dah tak ada istilah ‘kentut bau wangi’ dan sanggup berjuang mati-matian untuk kita ya seperti ‘i die you die’.

Waktu inilah anda, terutama sekali wanita mula belajar memasak, terbiasa dengan kehidupan sendiri dan kena biasakan hidup sudah bersuami. Memang mencabar khususnya kalau anda seorang yang bebas tetapi kalau sabar, Insyallah boleh!

FASA 2 – Usia perkahwinan 5- 10 tahun

Pada fasa kedua iaitu usia perkahwinan sudah berada pada tahun kelima sehingga kesepuluh, anda sudah boleh dan ‘ngam’ dengan perangai pasangan. Waktu ini kalau boleh, anda sudah tahu menyelesaikan apa jua pergaduhan atau konflik yang tercetus dengan baik. Tapi, ramai juga dalam kalangan pasangan yang mula merajuk pada fasa ini kerana salah seorang sudah mula sibuk dengan anak-anak.

Namun, mereka susah pandai kawal perasaan masing-masing dan faham antara satu sama lain dan menjadikan rumah tangga stabil.

FASA 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun

Walaupun sudah stabil seperti yang disangka, tempoh usia perkahwinan antara 10-15 tahun ini anda perlu berhati-hati. Hal ini kerana apabila usia sudah memasuki 40-an, mulalah ada krisis pertengahan usia. Ini yang menjurus kepada perasaan bosan kerana sudah mengenali orang yang sama dalam tempoh yang lama.

Fasa inilah yang pasangan mula ‘berjinak’ mencari orang ketiga dan banyak timbul kes penyondol!

FASA 4– Usia perkahwinan 15-20 tahun

Seperti apa yang berlaku terhadap mak ayah kita, fasa usia perkahwinan melebihi 15-20 tahun ini merupakan fasa selesa. Hal ini kerana, kadar perceraian sudah menurun dan masing-masing hanya fokus melakukan ibadah. Mungkin akan ada konflik sedikit tetapi tidak serius dan boleh dibaiki. Fasa ini anda hanya mungkin seronok di sekeliling cucu tersayang sahaja kan?

fasa perkahwinan dalam Islam

*Setiap fasa perkahwinan ada cabaran yang tersendiri. Apa yang penting adalah sentiasa berusaha untuk menjaga amanah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap kita. Ingatkah anda dengan perjanjian yang dilafazkan semasa akad nikah dahulu?

Sumber: Viral Muafakat Johor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×