Didik

7 Tanda Pasangan Belum ‘Ready’ Nak Kahwin, Bercinta Dah Lama Bila Nak Sandingnya?

12
SHARES
persediaan perkahwinan

Kebanyakan pasangan berfikir bahawa perkahwinan adalah satu matlamat. Sedangkan perkahwinan adalah pintu gerbang untuk memulakan perjalanan panjang yang penuh liku. Justeru itu, mengadakan perbincangan bersama pasangan mengenai persediaan perkahwinan sebelum mendirikan ‘masjid’ adalah perkara asas yang perlu diutarakan.

Disebabkan itu, pentingnya untuk mengetahui sama ada diri anda atau pasangan sudah bersedia atau belum sebelum melangkah ke fasa seterusnya iaitu hidup bersama. Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin yang boleh anda semak!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Cepat Langsai Loan Rumah, Tua Nanti Dah Tiada Hutang!

PERSEDIAAN PERKAHWINAN

persediaan perkahwinan

Gambar: yanalya

1. Memberi komen negatif tentang perkahwinan

Perkara yang mendorong perilaku ini boleh terjadi disebabkan sama ada kerana si dia trauma masa lalu, isu kepercayaan atau sebab lain.

Tetapi jika pasangan anda lebih kerap memberi komen negatif tentang perkahwinan, bermakna pasangan anda tidak ‘tergesa-gesa’ untuk meneruskan hubungan mereka ke peringkat perkahwinan.

2. Hanya fokus pada diri sendiri

Mengejar kerjaya dan impian adalah hak setiap individu. Namun, sekiranya pasangan anda tidak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya, kemungkinan dia tidak mengambil serius dalam perhubungan kalian.

Termasuk jika pada masa ini pasangan anda masih suka melepak atau berpesta dengan rakan-rakannya daripada melakukan perkara yang lebih bermanfaat.

Baca juga: Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi!

Baca juga: 9 Makanan Terbaik Untuk Buah Pinggang, Termasuk Lada Benggala Merah!

3. Bertengkar dan menyelesaikan masalah dengan beremosi

Dalam perhubungan, pertengkaran adalah perkara biasa yang berlaku. Malah, pasangan yang tidak pernah bergaduh dalam perhubungan juga boleh diragui kasih-sayangnya.

Sebaliknya, jika anda dan pasangan sering berborak tentang perkara remeh dan menjadikannya lebih beremosi dan dramatik, berkemungkinan belum masanya untuk kalian ke jinjang pelamin.

Hal ini kerana, ia memerlukan dua orang dewasa yang sama-sama ‘matang’ untuk mampu berkonflik dan mengatasi perbezaan demi mengekalkan hubungan yang berkekalan.

4. Mengubah topik perbualan apabila berbicara hal perkahwinan

Bendera merah yang seterusnya adalah jika anda atau pasangan sering mengelak atau menukar topik perbualan apabila hal perkahwinan dibincangkan. Dari segi psikologi, orang benar-benar ingin bercakap tentang perkara yang menggembirakan mereka dan cenderung untuk mengelakkan topik yang membuat mereka tidak selesa.

5. Masih enggan memperkenalkan keluarganya

Jika pasangan anda serius menjalinkan hubungan, dia akan cuba membawa anda ke dalam kehidupan mereka.

Selain melibatkan anda dalam rancangan masa depannya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk memperkenalkan diri anda kepada keluarga, kawan atau orang penting dalam hidupnya.

Jika ini tidak berlaku, jangan terlalu berharap.

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

6. Tolak perbincangan sensitif

Setelah berkahwin, pasangan anda adalah orang pertama yang akan dilihat apabila bangun dan orang terakhir sebelum anda tidur.

Itulah sebabnya jika anda dan pasangan belum bersedia untuk bercakap secara terbuka tentang perkahwinan, termasuk mengenai komitmen, seks, nilai, kewangan, dan lain-lain, kemungkinan besar anda masih jauh dari fasa perkahwinan. Terutama jika anda mempunyai prinsip atau nilai yang berbeza dalam isu-isu yang penting.

7. Tidak berdikari dari segi kewangan

Pasangan yang serius akan tidak menganggap topik kewangan sebagai materialistik atau ‘rezeki sudah diatur’.

Orang yang sudah bersedia untuk berkahwin memahami bahawa perkahwinan hanyalah “syarat” dan kehidupan selepas itu adalah panjang dan mencabar. Itulah sebabnya mereka memahami bahawa kestabilan kewangan adalah salah satu bekalan yang perlu disediakan untuk memikul tanggungjawab yang besar.

Kesimpulan

Itulah 7 ciri pasangan yang belum bersedia untuk berkahwin. Jika anda atau pasangan mempunyai tanda-tanda ini, jangan tergesa-gesa membuat keputusan. Lebih mudah untuk menangguhkannya daripada berpisah di tengah jalan kerana anda tahu anda belum bersedia.

Baca juga: 4 Toner DIY Guna Bahan Natural Yang Selamat, Dari Cerahkan Kulit Kusam Hingga Kecilkan Pori!

Sumber: TheAsianParent ID

FT Image: DrazenZigic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×