DIY & Kraf

5 Idea Door Gift Kahwin Berguna Buat Tetamu, Tak Rugi Labur Memang Klasik & ‘Trendy’!

8
SHARES
contoh door gift kahwin

Cenderahati atau door gift menjadi salah satu perkara wajib yang perlu ada dalam persiapan majlis perkahwinan sebagai tanda kenangan untuk tetamu yang hadir. Ia mempunyai pelbagai pilihan yang boleh dipilih, dari harga murah sehinggalah mahal dengan pelbagai rekaan dan bentuk yang cantik, seperti contoh door gift kahwin di bawah ini.

Malah, ada juga yang boleh digunakan untuk kehidupan harian dan door gift kahwin jenis ini tentunya memberi manfaat kepada si penerima.

Baca juga: Ramai Minta Tips Sebab Kagum Wanita Ini Deko Sendiri Rumahnya, Minimalist Estetik!

CONTOH DOOR GIFT KAHWIN ‘TRENDY’ & KLASIK!

Jadi, jom lihat beberapa jenis contoh door gift perkahwinan yang boleh anda pilih untuk diberikan kepada para tetamu pada majlis perkahwinan nanti bersesuaian dengan bajet kewangan dan cita rasa anda.

Baca juga: Ubat Gigi Serba Boleh, 10 Objek Rumah Jadi Berkilau Bila Bersih Gunakannya!

1. Bakul Mengkuang

contoh door gift kahwin

Gambar: Merpati Gift

Dihiasi dengan dekorasi bunga orkid dan daun mengkuang, sentimen klasik itu jelas terserlah. Sudah pasti, bakal menarik mata yang memandang.

Kalau nak tahu bakul ini juga cantik digandingkan bersama pakaian tradisional yang disarungkan di tubuh anda sewaktu menghadiri majlis perkahwinan. Tak payah beli beg tangan dah!

@merpatigift

Cantiknya doorgift ni 🥰 Mesti tetamu korang suka tau! #doorgiftkahwin #doorgift #doorgiftpremium #doorgiftmalaysia #doorgiftexclusive

♬ original sound – merpatigift – merpatigift

2. Beg Uncang

contoh door gift kahwin

Gambar: Merpati Gift

Door gift beg uncang pernah menjadi trend suatu ketika dulu, di mana bunga rampai menjadi isinya. Kebanyakan orang akan menyimpan uncang tersebut di sudut rumah tertentu untuk mewangikan rumah dengan harumannya yang segar.

Biarpun kini door gift sudah mempunyai pelbagai inovasi idea, namun jenis yang terawal ini sememangnya tidak lapuk ditelan zaman. Hal ini kerana, ia boleh diisi balang biskut mini dan macam-macam lagi.

@merpatigift

Cantik doorgift ni ❤️ #doorgift #doorgiftkahwin #doorgiftmalaysia #doorgiftvip #doorgiftpremium #doorgiftexclusive

♬ original sound – merpatigift – merpatigift

3. Bekas Kanister

door gift kahwin murah

Gambar: Merpati Gift

Jika anda memilih bekas kanister sebagai door gift perkahwinan, cookies adalah pilihan yang tepat untuk isi di dalamnya. Selain cookies, paket rempah masakan yang kecil pun boleh.

Sudah pasti, tetamu yang hadir rasa sayang untuk membuang bekas kanister ini kerana ia mempunyai banyak kegunaannya seperti tempat menyimpan benda kecil yang comel.

Baca juga: 2 Kali Pergi Bengkel ‘Aircond’ Kereta Kejap Je Sejuk, Modal RM18 Beli Benda Ni Elok Terus!

Baca juga: Guna Pencuci Murah ‘Deep Clean’ Peti Ais, Hilang Terus Kotoran Degil Berbulan Tu!

@merpatigift

COOKIES IN CANISTER Korang punya majlis bagi doorgift canister ni, confirm tetamu tak buang sbb canister ni banyak kegunaan tau! ❤️ CANISTER WITH COOKIES ▪️ Canister with gold lid 7.5x12cm ▪️10pcs chocolate chip cookies ▪️Diamond ribbon deco ▪️Free custom wrapper LIST HARGA 2024 : Minimum order 100pcs 100-499pcs RM5.20 500-999pcs RM5.00 1000pcs & abv RM4.80 Jom booking premium doorgift korang skrg! #doorgiftpremium #doorgiftexclusive #doorgiftkahwin

♬ original sound – merpatigift – merpatigift

4. Beg Duit Mengkuang

door gift kahwin murah

Gambar: Merpati Gift

Seperti namanya, door gift ini sesuai dijadikan tempat menyimpang wang kertas dan syiling. Ruang anyamannya yang rapat dan tidak mempunyai lubang telah memberi jaminan bahawa duit anda tidak akan tercicir.

Bagi orang perempuan, kalau nak letak alat solek pun menarik juga!

@merpatigift

Cantik doorgift ni buat tetamu anda 🥰 #doorgift #doorgiftkahwin #doorgiftmalaysia #doorgiftvip #doorgiftpremium #doorgiftexclusive

♬ original sound – merpatigift – merpatigift

5. Beg PVC Lut Sinar

door gift kahwin murah

Gambar: Merpati Gift

Contoh door gift kahwin terakhir ialah beg PVC lut sinar yang sudah begitu sinonim sebagai door gift dalam majlis keramaian masyarakat Malaysia. Ia boleh memuatkan pelbagai jenis barang seperti sejadah mini dan biskut dalam balang.

Selain itu, ia juga boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian sebagai beg tangan bagi kaum wanita apabila pergi ke konsert!

@merpatigift

Doorgift ni tetamu senyum kalau dapat 🥰 #doorgift #doorgiftkahwin #doorgiftmalaysia #doorgiftvip #doorgiftpremium #doorgiftexclusive

♬ original sound – merpatigift – merpatigift

 

Baiklah, itu sahaja 5 contoh door gift kahwin yang boleh dipertimbangkan oleh bakal pengantin di luar sana. Sudahlah cantik dan murah, siap boleh guna semula untuk perkara lain lagi.

Jadi, tidaklah membazir wang yang dilaburkan anda dan tidak dibuang begitu sahaja oleh para tetamu. Barulah, win-win situation!

Baca juga: Padanlah 10 Kali Bersihkan Rumah, Habuk Masih Ada, 7 Ini Punca Rupanya!

Sumber: Tiktok @merpatigift

FT Image: Merpati Gift / Nadzirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×