Masalah penghawa dingin kereta atau biasa dipanggil aircond, tidak sejuk memang kerap terjadi. Jika tahu punca mengapa selalu aircond kereta tak sejuk, anda tidak perlu keluar modal sehingga mencecah ratusan ringgit.
Kalau nak tahu, sebenarnya anda boleh sahaja baikinya sendiri dengan bermodalkan RM18. Sudah tentu, penghawa dingin kereta anda akan sentiasa mengeluarkan rasa sejuknya yang nyaman. Jadi, mari ikuti pengalaman yang dilalui Wan fb di bawah.
Baca juga: Ubat Gigi Serba Boleh, 10 Objek Rumah Jadi Berkilau Bila Bersih Gunakannya!
AIRCOND KERETA TAK SEJUK
Nampak kecil tapi boleh buat kita rugi ratusan ringgit.
Ceritanya minggu lepas penghawa dingin (air con) kereta tak sejuk. Kadang-kadang sejuk, bawa pergi bengkel.
Confident kedai cakap compressor rosak, memang dah siapkan bajetlah untuk buat penghawa dingin. Total kena RM477 tukar compressor rekon.
Baca juga: Bukan Saja ‘Design’ Macam Tu, Ini Cara Guna Gunting Dapur 8 Fungsi!
Dua kali pergi bengkel elok sekejap dan rosak semula
Lepas tukar pakai ok, penghawa dingin sejuk. Tak sampai sehari penghawa dingin jadi balik kejap sejuk kejap panas.
Esok pergi balik kedai, kedai buat-buat periksa. Katanya motor kipas penghawa dingin dah rosak. Okey kita pun bod0h tak tahu, tukar sahajalah motor kipas penghawa dingin RM110.
Lepas pasang okey sejuk, tak sampai sehari jadi balik.
Beli ‘relay’ dan pasang sendiri
Tiba-tiba, dalam kepala otak terfikir pasal relay.
Hari ini pergi sendiri kedai spare part cari benda ini harga RM18. Cabut sendiri dan pasang sendiri.
Alhamdulillah penghawa dingin kereta sejuk balik. Masa ini nak claim balik duit tukar compressor dengan motor dah tak guna.
Bajet buat sendiri RM18 berbanding harga bengkel RM587
Total buat kedai RM587, berbeza total buat sendiri RM18 sahaja. Nampak tak permainan dekat situ.
Jadi, kalau kereta korang ada masalah penghawa dingin kurang sejuk cuba dulu tukar sendiri benda ini. RELAY namanya.
Baca juga: Baca juga: Guna 1 Cara ‘Tak Jalan’, Jadi Kena Buat 7 Trik Ini Untuk Halau Monyet Yang Licik!
Tips ‘relay’ rosak
Manakala, di ruangan komen pula, seorang warga maya telah berkongsi tip untuk mengetahui keadaan relay yang rosak.
“Kalau nak tahu benda ini rosak, pegang sahaja…yang mana panas sangat dia lah rosak. Kalau acc (penghawa dingin) masalah, pegang acc punya relay. Kalau panas memang sah kena ganti relay.
“Nak tahu kipas masalah, masa jalan laju acc sejuk sebab kita dapat angin sejuk sebagai pengganti kipas…masa hujan sejuk. Tapi bila jalan jammed, acc panas sebab tak ada angin tiup condenser depan itu. Ini bermakna kipas rosak.
“Nak tahu compressor rosak, enjin timing tidak berubah masa buka acc. Gas bocor pun sama symptoms macam compressor rosak sebab tak ada tekanan dalam system untuk push dia punya acc switch dekat filter tu. Harap bermanfaat,” komen Mohd Taufiq.
Baca juga: Guna Pencuci Murah ‘Deep Clean’ Peti Ais, Hilang Terus Kotoran Degil Berbulan Tu!
Sumber asal: Wan fb
Sumber: Lemi Lemmy
FT Image: Wan fb / freepik