Deko & Hias

Kenali 8 Masalah Kereta & Komponen Perlu ‘Repair’, Elak Ditipu Pekerja Bengkel!

5
SHARES
masalah kereta

Sudah memiliki kereta, bukan hanya tahu membawanya sahaja. Pengguna perlu tahu kerosakan yang sering dihadapi pacuan empat roda ini. Hal ini kerana, mengenal pasti masalah kereta anda sebelum dihantar di bengkel dapat mengelakkan diri dari ditipu pengusaha bengkel kereta.

Berikut merupakan sedikit tips buat pemilik kereta di Malaysia untuk mengenal pasti masalah kereta yang rosak dan komponen yang perlu diperiksa serta dibaiki. Semoga bermanfaat.

Baca juga: 7 Cara Tangani ULAR Masuk Rumah Dari Pasukan Bomba, Jangan Lari & Panik!

MASALAH KERETA

masalah kereta

Gambar: Carzey

1. Kereta bergegar bila pandu pada kelajuan tinggi

Terasa gegaran pada kelajuan tinggi, biasanya pada 80kmh – 100kmh. Kena periksa drive shaft pada kereta anda.

2. Rasa kereta seolah membuai

Terasa kereta membuai, melayang dan seolah menaiki sampan. Sila periksa shock absorbers.

3. Steering berbunyi semasa nemusing

Berbunyi-bunyi apabila memusing steering semasa idling. Periksa bahagian absorber mounting.

4. Tayar makan tak rata

Masalah lain pada kereta yang anda perlu tahu ialah tayar makan tak rata. Jadi, periksalah alignment, bush axle atau bush control arm.

Baca juga: 7 Sebab Rumah Nampak Tak Kemas & Serabut, Bersih Banyak Kali Masih Sama!

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

5. Keluar bunyi pada kereta di atas jalan tak rata

Kereta mengeluarkan bunyi-bunyi apabila jalan tidak rata. Periksa control arm, absorber mounting, absorber link, stabilize bush, steering rack end dan tie rod end.

6. Sentakan semasa tukar gear

Kalau ada sentakan semasa pernukaran gear kereta, sila periksa engine mounting.

7. Kereta berdengung pada pemanduan 80kmh ke atas

Kereta rasa berdengung bila kelajuan 80kmh ke atas. Makin laju, makin ia berdengung. Periksa wheel bearing pada kereta.

8. Steering rasa gegaran semasa idling

Terasa gegaran pada steering semasa idling (statik). Boleh periksa spark plug dan coil plug.

Baca juga: Ini Cara Mudah Baiki Periuk Nasi Elektrik Yang Lampunya Rosak Tak Menyala!

Sumber: Carzey

FT Image: jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×