Tips penjagaan kereta yang betul perlu dititikberatkan supaya tidak cepat rosak dan boleh digunakan dalam jangka masa lama. Jangan gunakan kenderaan anda tanpa melakukan servis berkala kerana ia boleh mengakibatkan perkara tidak diingini seperti kerosakan yang teruk.
Jadi, sebagai pengguna yang berhemah dan bertanggungjawab, pastikan anda ikut tips penjagaan kereta seperti perkongsian di bawah ini.
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Kasut Dengan Cepat, Paling Mudah Sebab Tak Perlu Cuci
TIPS PENJAGAAN KERETA SUPAYA TAHAN LAMA & TAK CEPAT ROSAK
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. Filter
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
3. Spark plug
Ditukar selepas 20,000km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. Bateri kereta
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
5. Air filter (filter udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
6. Gear oil
Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama adalah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.
7. Brek fluid & power steering fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
8. Radiator coolant
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jika air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih
9. Air cond belt/alternator belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
10. Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Transaksi Luar Negara, Buat Online Sahaja
Sumber: Facebook Dari Alam Angker