Peringatan buat anda yang ingin ke luar negara, boleh aktifkan kad debit Maybank untuk sebarang transaksi di sana. Pengaktifkan boleh dilakukan secara atas talian seperti perkongsian di bawah.
Sekiranya pengaktifan tidak dilakukan, anda akan mengalami kesulitan untuk melakukan sebarang transaksi sepanjang berada di luar negara. Ikuti langkah penuh di bawah ini.
Baca juga: Senarai Cuti Umum Tahun 2025, Dah Boleh Rancang Aktviti Dari Sekarang!
KAD DEBIT MAYBANK: INI CARA AKTIFKAN TRANSAKSI LUAR NEGARA
Cara-caranya adalah:
1. Anda perlu log masuk ke akaun Maybank2u menggunakan link ini. Perlu diingatkan untuk aktifkan kad debit Maybank, tidak boleh menggunakan aplikasi di telefon.
2. Setelah log masuk, pilih Settings di bahagian kanan atas.
3. Setelah itu, pilih Cards, tekan Overseas Debit Card Activation dan aktifkan
4. Seterusnya, masukkan tarikh mula sehingga tarikh akhir perjalanan anda.
5. Selepas masukkan tarikh mengikut ketetapan anda, tekan Activate dan Request TAC.
6. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS dan pengaktifan berjaya.
Selepas tamat tempoh perjalanan anda, secara automatik transaksi luar negara ini tidak diaktifkan. Jadi, anda perlu melakukan setiap kali ingin menggunakan kad debit Maybank di luar negara.
Perlu diingatkan agar aktifkan transaksi luar negara kad debit Maybank anda sekiranya ingin menggunakannya. Hal ini kerana untuk mengelakkan sebarang kehilangan wang.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.
Selamat mencuba!
Baca juga: Mulai 1 Oktober Boleh Tukar Lesen Kelas B1 & B2 Kepada B Penuh Hanya RM160 Sahaja
Sumber: TikTok Bubu Solo Traveller