Kewangan

Lupa Password Akaun BSN? Jangan Serabut, Ini Cara Tukar Password Online Banking

3
SHARES

“Alamak! Lupa password BSN. Macam mana ni…”

Situasi di atas pasti pernah terjadi dan itu sudah tentunya membimbangkan anda lebih-lebih lagi jika melibatkan password akaun bank kerana risau kehilangan wang.

Jangan risau, jika anda terlupa password akaun bank BSN, di bawah merupakan langkah yang perlu dilakukan. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Check Siapa Link Dengan Akaun Bank Anda, Elak Scammer!

CARA TUKAR PASSWORD BSN ONLINE BANKING

Pastikan guna pc/komputer/laptop dan make sure internet laju. Kalau tak ada pc dekat rumah boleh pergi cybercafe. Ini cara mudah untuk tukar password BSN korang.

1. Lepas dah mengadap komputer masing-masing, taip mybsn.com.my/mybsn/login/login.do. Jangan sesekali bukak melalui link yang tidak disahkan. Terus tekan forgot password.

2. Isi username, debit card number, no pin kad atm (benda ni akan muncul sejurus korang taip debit card number yang 16 number tu). Isi cvv (3 angka dekat belakang kad), expiry date (depan kad ada part dia tulis valid thru) serta ic korang. Tekan submit.

BSN

3. Lepastu tuliskan password baru korang. Part ni paling susah sebab korang wajib bagi password yang super strong, tak boleh biasa-biasa.

4. Taip balik password tadi pastu tekan request OTP.  Sudah dpt OTP, korang isi number tu dekat ruangan OTP NUMBER. Tekan submit.

BSN

Kalau tak ada apa-apa masalah dah, dia akan berjaya je. Kalau dia kata cannot proses tu maksudnya korang kena cuba balik buat malam malam time orang tak ramai online. Ataupun gagal sebab korang degil buat guna hp/password x strong/OTP salah dll kemungkinan.

Kalau yang berjaya tu tolong catat password dekat mana-mana. Sekali silap password pun akaun terus suspended. Nanti kena ulang balik proses yang sama. Kalau failed jugak sila call 1300881900.

Selamat mencuba dan moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Izni Arshad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×