DIY & Kraf

Cara Hilangkan Bau Kasut Dengan Cepat, Paling Mudah Sebab Tak Perlu Cuci

90
SHARES
CARA HILANGKAN BAU KASUT

Kasut berbau pasti akan mengganggu hari-hari anda termasuk orang sekeliling kerana terpaksa ‘menghidunya’. Selain membasuhnya, terdapat juga beberapa cara hilangkan bau kasut anda boleh cuba di rumah.

Tips ini sudah pasti lebih jimat kerana tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli kasut baharu. Hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah sahaja.

Baca juga: Itu Tanda Sarang Ular Jika Ada Lubang Macam Ini Di Rumah Anda, Hati-Hati!

CARA HILANGKAN BAU KASUT PALING BERKESAN, MUDAH JE

CARA HILANGKAN BAU KASUT

1. Cuka putih

Cara hilangkan bau kasut anda adalah dengan menggunakan cuka putih yang dicampur air ke dalam botol semburan. Semburkan larutan dalam kasut anda dan biarkan ia kering.

Cara hilangkan bau kasut semula jadi ini akan membuatkan kasut anda berbau segar berbanding biasa.

2. Baking soda

Cara hilangkan bau kasut selanjutnya adalah dengan menggunakan baking soda. Mudah sahaja kerana anda hanya perlu taburkan serbuk tersebut ke dalam kasut dan biarkan semalaman.

Selain itu, boleh juga masukkan serbuk ke dalam stokin dan tinggalkan satu malam di dalam kasut. Serbuk baking soda berfungsu untuk menyerap bau busuk.

3. Essential oil (minyak pati)

Bau busuk kasut dapat dihilangkan dengan menggunakan essential oil (minyak pati) kesukaan anda. Caranya mudah sahaja, letakkan beberapa titik ke dalam kasut dan biarkan sehingga kering sebelum digunakan.

4. Cara hilangkan bau kasut – herba semula jadi

Herba semula jadi seperti cengkih dan kayu manis dapat membantu menghilangkan bau kasut. Caranya, anda perlu memasukkan  bahan tersebut ke dalam stoking dan biarkan semalaman agar bau busuk dapat diserap.

5. Sabun buku

Sabun buku bukan sahaja digunakan ketika mandi namun ia juga berfungsi menghilangkan bau kasut. Anda hanya perlu letakkan satu bar sabun buku dalam kasut dan biarkan semalaman.

6. Cara hilangkan bau kasut – bekukan kasut

Walaupun cara ini kelihatan sedikit pelik namun tidak salah untuk mencubanya. Letakkan kasut berbau dalam beg plastik dan biarkan di dalam peti sejuk semalaman.

Bawa keluar pada hari berikutnya dan biarkan ia kering secara semula jadi. Suhu yang sejuk akan membunuh bakteria busuk di mana kasut anda akau berbau wangi semula.

Itu sahaja enam cara hilangkan bau kasut anda boleh cuba. Mudah sahaja kan?

Baca juga: Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Transaksi Luar Negara, Buat Online Sahaja

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×