Perabot kayu jati sering menjadi pilihan untuk dijadikan hiasan di dalam rumah. Namun masih ramai lagi yang belum tahu cara betul mencucinya agar tidak cepat rosak.
Sebenarnya, anda boleh menggunakan cuka sebagai pencuci perabot seperti perkongsian di bawah. Penggunaan cuka dan beberapa bahan lain akan membuatkan perabot kekal berkilat dan kurang berhabuk. Jom kita cuba!
Baca juga: 4 Cara DIY Pembersih Karpet Di Rumah, Tak Payah Susah-Susah Hantar Kedai
3 CARA BERSIHKAN PERABOT KAYU JATI GUNA CUKA
1. Cuka dan essential oil
Sebelum membersihkan perabot menggunakan cuka, pastikan anda lap kotoran dan habuk terlebih dahulu.
Bahan-bahan:
- 2 cawan air suam
- 1/2 cawan cuka putih
- Botol sembur
- Kain mikrofiber
- Essential oil (minyak pati)
– Campurkan cuka dan air ke dalam botol. Goncang supaya kedua-dua bahan sebati.
– Kemudian, campurkan beberapa titik minyak pati ke dalam campuran.
– Sembur larutan pada kain dan sapukan pada perabot anda.
2. Cuka dan minyak zaitun
Salah satu cara terbaik untuk membersihkan perabot kayu jati anda adalah dengan menggunakan cuka dan minyak zaitun. Gabungan ini akan membuatkan perabot berkilat. Wow!
Bahan-bahan:
- 1 cawan cuka
- 1 cawan minyak zaitun
- Kain microfiber
- Bekas bertutup
– Satukan semua bahan ke dalam bekas bertutup.
– Goncang sehingga sebati.
– Seterusnya, ambil kain bersih dan celup ke dalam larutan.
– Lap perabot anda sehingga bersih.
Cara ini juga boleh digunakan untuk membersihkan lantai kayu. Pasti akan bersinar!
3. Cuka dan jus lemon
Gabungan kedua-dua bahan berfungsi untuk menghilangkan kotoran pada perabot dan berbau segar.
Bahan-bahan:
- 2 cawan cuka putih
- 1 cawan jus lemon
- 2 cawan minyak zaitun
– Satukan semua bahan ke dalam mangkuk.
– Celup kain bersih ke dalam larutan dan lap perabot sehingga bersih.
– Kemudian, ambil kain bersih dan lap sehingga kering.
Mudah sahaja kan? 3 cara di atas boleh digunakan untuk membersihkan perabot kayu jati anda.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Cuci Cermin Guna Surat Khabar, Patutlah Selama Ni Tak Berkilat!
Sumber: Tips Bulletin