Sihat

Dr Rizal Abu Bakar Kongsi Tips Elak Haus Pada Bulan Puasa, Hilang Terus Rasa Dahaga!

12
SHARES
GARAM CELTIC

Menerusi perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya, ada satu tips untuk mengelakkan haus ketika puasa adalah dengan menggunakan garam celtic.

Cara ini mudah sahaja dan ternyata menjadi kerana rata-rata pengguna media sosial turut mencubanya. Nak tahu macam mana? Ikut tips di bawah.

Baca juga: Hati-Hati Bila Makan Buah Kurma Campur Butter, Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan

LETAK GARAM CELTIC BOLEH ELAK HAUS MASA PUASA?

GARAM CELTIC

Kalau nak elak haus, letih ketika puasa, dan pastikan tubuh tak alami dehidrasi, cuba cara ini:

1. Letak secubit garam celtic dalam segelas air suam.

2. Kacau dan minum masa sahur.

Air garam ini akan membuatkan anda kurang membuang air kecil. Nampak biasa tapi kesannya luar biasa.

Antara manfaat air garam celtic adalah:

  • Bantu kurangkan rasa nak minum minuman manis
  • Elok untuk penghadaman
  • Bantu turun berat badan
  • Rendahkan risiko batu karang
  • Kurangkan kesakitan pada otot yang meradang
  • Legakan sakit tekak
  • Cantikkan kulit
  • Tingkatkan penyerapan nutrien
  • Sihatkan sistem usus
  • Tingkatkan hidrasi
  • Kuatkan tenaga
  • Turunkan tekanan darah tinggi

Walau bagaimanapun, cara ini tidak sesuai untuk semua orang. Sekiranya anda ada masalah kesihatan sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Buang Toksin Dalam Badan Guna 1 Bahan Je, Confirm Segar & Puas Hati!

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

Kredit imej: Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×