Selepas seharian menahan lapar dan dahaga pada bulan Ramadan, pasti lebih sedap jika berbuka dengan air bandung laici dan cincau seperti perkongsian di bawah.
Bahan-bahan untuk membuat air bandung ini mudah sahaja dan sudah tentunya tidak memerlukan bahan yang mahal. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Berlemak & Lembut, Sekali Cuba Mesti Teringat!
RESEPI AIR BANDUNG LAICI DAN CINCAU, SEDAPNYA
Bahan-bahan:
- Laici 1 tin
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 3 1/2 sudu makan sirap
- 1 sudu makan biji selasih
- 5-6 biji kurma merah
- 50-60 gram cincau hitam
Cara-cara penyediaan:
1. Rendamkan kurma merah dan biji selasih sehingga kembang.
2. Sementara itu, boleh sagat halus cincau.
3. Kemudian, masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati.
4. Setelah itu, tambah semua bahan lain seperti biji selasih, kurma dan air laici tin.
5. Masukkan ais dan kacau sehingga sebati. Tak perlu tambah air kosong.
6. Nak lebih sedap boleh juga masukkan air soda.
7. Akhir sekali taburkan kacang tumbuk di bahagian atas air.
Tekak kering memang sedap kalau dapat minum air bandung laici ini kan?
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Lepat Cendol Tanpa Perlu Kukus, Makan Sejuk-Sejuk Confirm Lebih Sedap!
Sumber: Resepi Harian & Ben Safwan