Dapur

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap Berlemak & Lembut, Sekali Cuba Mesti Teringat!

22
SHARES
PUDING JAGUNG KASTARD

Puding jagung kastard antara menu pencuci mulut paling senang untuk dibuat di rumah. Hal ini kerana resepi ini hanya menggunakan empat bahan utama sahaja dan mudah untuk didapati.

Sekiranya anda ingin mencuba sendiri keenakan puding jagung kastard, boleh ikuti resepi perkongsian oleh Solehah Wahab di bawah. Lebih 20 ribu shares sudah diterima menerusi hantaran tersebut. Memang wow!

Baca juga: Kalau Selalu Buat Jeruk Cili, Cuba Pula Resepi Jeruk Belimbing Buluh..Kecur Air Liur!

RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD, SEDAP BERLEMAK

PUDING JAGUNG KASTARD

Bahan-bahan:

  • 1 tin jagung manis ala krim
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 1/2 tin air
  • 1 tin tepung kastard

*Untuk sukatan tin, boleh gunakan tin jagung manis.

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk.

2. Buka api kecil dan kacau sehingga sebati.

3. Bila adunan semakin pekat, masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.

4. Boleh sapukan sedikit minyak supaya puding tidak melekat di loyang.

Potong mengikut saiz yang diingini dan sedia untuk dihidangkan.

Sudah tentunya sedap dan pasti menjadi menu kegemaran ramai. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Kerabu Ikan Bilis Viral, Kejap Je Nak Buat Tapi Sedap & Confirm Teringat!

Sumber: Facebook Solehah Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×