Dapur

Kalau Selalu Buat Jeruk Cili, Cuba Pula Resepi Jeruk Belimbing Buluh..Kecur Air Liur!

71
SHARES
resepi jeruk belimbing buluh

Selalunya orang makan jeruk cili, tapi anda pernah tak cuba resepi jeruk belimbing buluh? Jeruk ini sangat sedap dimakan begitu sahaja atau dipadankan dengan nasi dan lauk lain.

Kalau anda nak buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi perkongsian di bawah. Mudah dan cepat kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Jom cuba!

Baca juga: Buat Stok Bawang Dan Halia Kisar Beku Macam Ini, Simpan Bertahun Pun Masih Elok!

RESEPI JERUK BELIMBING BULUH, KECUR AIR LIUR

resepi jeruk belimbing buluh

Bahan-bahan:

  • Buah belimbing buluh
  • Gula
  • Garam
  • Asam boi
  • Cili api
  • Limau kasturi

Cara-cara penyediaan: 

1. Basuh buah belimbing sehingga bersih dan dipotong dua.

2. Masukkan gula, garam dan limau kasturi yang sudah dipotong dua.

3. Kemudian, masukkan cili api yang dipotong kecil dan asam boi. Gaul sehingga sebat.

4. Masukkan semua bahan ke dalam botol dan simpan di dalam peti ais selama 3 hari.

Sedap makan sejuk-sejuk! Tak percaya, cubalah.

Baca juga: Resepi Kerabu Ikan Bilis Viral, Kejap Je Nak Buat Tapi Sedap & Confirm Teringat!

Sumber: Facebook Hayati Ti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×