Dapur

Buat Stok Bawang Dan Halia Kisar Beku Macam Ini, Simpan Bertahun Pun Masih Elok!

25
SHARES
BAWANG KISAR

Biasanya bila nak masuk dapur, benda paling rumit dan mengambil masa yang lama adalah penyediaan bahan tumisan seperti bawang kisar, halia serta lain-lain. Jadi, kalau ibu-ibu nak lebih mudah dan menjimatkan masa, boleh cuba idea seperti dikongsikan oleh Norhidayah Mohd Aripin di laman Facebooknya.

Jelasnya, tips ini sangat memudahkan urusan di dapur kerana segala bawang kisar sudah disediakan terlebih awal dan masa memasak lebih singkat. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Bahaya Makan Cili Kering Yang Ada ‘Debu’ Macam Ini, Basuh Pun Tetap Tak Boleh Hilang!

CARA SIMPAN BAWANG KISAR, LEBIH JIMAT MASA NAK MASAK

BAWANG KISAR

Cara penyediaannya mudah sahaja.

1. Kupas bawang putih, bawang merah dan halia yang ingin dibekukan.

2. Basuh bersih dan keringkan. Pastikan tiada sebarang air.

3. Kemudian, kisar kasar dan pastikan bawang serta halia tidak terlalu hancur.

4. Tak perlu campurkan sebarang minyak atau air.

5. Seterusnya masukkan bawang kisar ke dalam bekas acuan ais dan bekukan.

6. Keluarkan bila nak guna untuk memasak mengikut kuantiti yang diperlukan.

Cara begini lebih memudahkan dan jimat masa nak masak. Selain bawang dan halia, teknik ini boleh juga digunakan untuk cili kering kisar.

Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara di tempat beku. Bila nak guna, keluarkan sahaja.

Mudah kan? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Buat Meal Prep Untuk Seminggu/Sebulan, Jimat Masa & Boleh Terus Masak

Sumber: Facebook Norhidayah Mohd Aripin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×