Dapur

Bahaya Makan Cili Kering Yang Ada ‘Debu’ Macam Ini, Basuh Pun Tetap Tak Boleh Hilang!

14
SHARES
cili kering gemuk

Kulat atau cendawan biasanya tumbuh di dalam jenis cili kering gemuk dan bulat. Hal ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti cara penyimpanan yang salah.

Menurut perkongsian Syifa’ Ul-Hanani di laman Facebooknya, kulat jenis ini tidak boleh dihilangkan dengan cara membasuh atau merebus cili kering tersebut kerana ia sudah merebak dan ada ‘akar’.

Baca juga: 7 Senarai Makanan Tak Boleh Masak Guna Air Fryer, Jangan Main Guna Je!

CILI KERING GEMUK JENIS INI SELALU BANYAK ‘HABUK’, HATI-HATI

cili kering gemuk

“Cili kering tu biasa je kalau penuh kulat berhabuk macam tu. Basuh je la nanti hilang, boleh je guna. Selama ni saya guna okay je.”

Habuk yang kita nampak/cendawan yang kita nampak itu hanya bahagian reproduktif/pembiakan. Fungi yang ada pada cili kering adalah jenis Aspergillus sp dan majoritinya adalah Aspergillus section Flavi.

Fungi ini adalah jenis fungi yang menghasilkan aflatoxins ampuh kategori sangat toxic (highly toxigenic). Aflatoxins adalah ejen penyebab kanser hati. Ada 4 jenis aflatoxins dan yang paling toksik adalah B1 yang dihasilakan oleh Aspergillus, fungi cili kering.

Aflatoxin ini bahaya untuk manusia dan haiwan. Bukan cili kering sahaja hasil pertanian yang selalu ditumbuhi dengan Aspergillus.

Kalau masa beli belum ada Aspergillus tetapi tiba-tiba balik rumah perap cili dalam almari. Bila nak masak tengok dah berkembang biak dia. Masa gunting berhabuk teruk. Sebabnya adalah keadaan tempat simpan yang lembap, gelap dan suhu.

Kalau jadi macam ini, apa perlu kita buat? Kena buang cili tersebut. Jangan sayang sangat. Kesihatan lagi penting. Tak kena kanser sekarang belum tentu tak akan kena nanti. Lagipun kanser bukanya kita makan karsinogen hari ni, esok terus kena kan.

Antara fakta anda kena ambil tahu adalah:

1. Pemakanan cili yang tercemar dengan aflatoksin di kawasan pengeluar cili besar dikaitkan dengan kanser hempedu di Bolivia, Chile dan Peru (Asai et al., 2014; Nogueira et al., 2015).

2. Imunisasi badan jadi lemah, senang kena penyakit. (Turner et al., 2003).

3. Pertumbuhan dan perkembangan terbantut bagi kanak-kanak (Khlangwiset et al., 2011).

4. Boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, sirosis yang diikuti dengan kematian (Liu and Wu, 2010).

Aflatoxin tak boleh hilang melalui rebusan, panggang dan apa-apa kaedah memasak biasa ya. Risikonya tetap ada.

Tambahan

Kalau nak beli cili bulat tiada masalah. Boleh guna kaeadah di bawah:

– Selepas beli buka plastik dan jemur bawah matahari sampai kering garing. Elok belah memanjang dulu. Baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Masukkan dalam peti ais/freezer. Nak guna baru keluarkan.

– Beli sikit-sikit, terus masak.

– Proses terus lepas beli kemudian bekukan pes tadi.

Semoga bermanfaat dan jaga kesihatan anda!

Baca juga: Sebelum Guna Lesung Batu Baharu, Cuci Dulu Macam Ini…Confirm Bersih & Tak Ada Debu

Sumber: Facebook Syifa’ Ul-hanani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×