Dapur

Cara Buat Chili Oil Macam Restoran Cina Muslim, Elok Kejadiannya Berminyak & Pedas!

32
SHARES
resepi chili oil

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Cina Muslim, pasti akan dihidangkan dengan chili oil sebagai penambah rasa dalam masakan sup. Bukan itu sahaja, kalau dimakan bersama nasi pun chili oil ini akan memberikan rasa yang nikmat. Jadi, teringin juga nak buat di rumah dan rupanya resepi chili oil ini senang sahaja!

Buat anda yang merupakan pencinta kepada makanan pedas, boleh cuba siapkan chili oil ini di rumah. Kalau nak pek dalam plastik kedap udara dan bawa ‘travel’ pun boleh.

Baca juga: Cara Buat Kek Chocolate Moist Yang Betul-Betul Meleleh, Rupanya Tak Susah Sangat Pun!

RESEPI CHILI OIL, SEDAP MAKAN DENGAN SUP!

resepi chili oil

Bahan-bahan anda perlukan:

BAHAN A

-Bawang rose mayang (goreng)
-Bawang putih cincang halus (goreng)

BAHAN B

-Cili kering biasa
-Cili kering gemuk
-Bijan
-Sichuan peppercorn
-Masukkan semua bahan ini dalam air fryer, 130c selama 20 minit dan kisar sehingga kering.

BAHAN C

-Minyak masak
-Halia
-4 sekawan
-Bawang rose sebiji
-Sichuan peppercorn
-Tumis hingga naik wangi dan tapis ambil minyak sahaja

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan B dalam bekas

2.Kemudian masukkan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa

3.Masukkan bahan C minyak panas-panas ya ke dalam bahan B.

4.Gaul rata-rata dan masukkan sedikit cuka dan gaul sebati

5.Akhir sekali, masukkan bahan A ke dalam balang dan biar sejuk baru tutup dan siap!

resepi chili oil

*Merah elok, sedapnya!

Baca juga: Basahkan Tekak Dengan Resepi Jus Nanas Tapi Guna Teknik Rebus, Memang Jarang Dibuat!

Sumber: Nor Asiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×