Orang kata belum cuba belum tahu, sudah tahu pasti nak buat lagi! Begitulah dengan resepi wantan perkongsian Aelma Husna ini, selepas dia cuba membuatnya sendiri.
Rupa menunya nampak macam kompleks, tapi sebenarnya tidak susah pun untuk membuat wantan dengan resipi yang lengkap. Anda cuma perlu tahu cara membuat kulit, inti, sup dan chili oil sahaja sebelum menjadinya menu wantan itu.
Baca juga: Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!
RESEPI WANTAN DARI A TO Z
Lagipun, kulit mi wantan boleh sahaja beli yang siap sedia di pasaran kalau anda tidak mahu mengelimnya sendiri. Mudah kan! Jom lihat perkongsian resipi wantan Aelma Husna di bawah.
Baca juga: Tips Mudah Pilih Timun Rangup, Salah Pilih Boleh Rasa Pahit & Kurang ‘Juicy’!
Alhamdulillah, saja cuba buat wantan…menjadi pula.
Dari kulit, inti, chilli oil sampai lah ke sup. Yang tak jadinya, tak reti nak kelim bagi cun dan sama cantik…macam-macam rupa ada hahaha.
Pada anda yang nak cuba, dinasihatkan beli kulit wantan yang ready made sahaja. Kalau tak berhuhu lah korang dekat dapur itu berejam-rejam.
Bahan dan cara penyediaan chilli oil:
(sukatan saya, boleh alter)
- 3 ulas bawang putih
- Udang kering sikit (option)
- 3 sudu besar chili flakes
- 3/4 cawan minyak
- Garam
- Gula (option)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Tumis bawang putih dan udang kering kisar dalam minyak.
- Bila naik wangi masukkan chili flakes.
- Dah garing masukkan pula garam+ gula dan minyak bijan.
Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!
Bahan dan cara penyediaan kulit dan inti:
KULIT
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- ½ air panas
- Campur sampai jadi doh, gelek nipis dan tekap ikut saiz yang disukai.
INTI
(saya agak-agak, tiada sukatan tepat)
- Dada ayam kisar
- Isi udang kisar
- Bawang putih (dicencang & digoreng sampai wangi)
- Bawang besar (potong kecil)
- Karot (potong dadu)
- Daun bawang
- Perasa + garam
- 1 biji telur
- 1-2 sudu tepung jagung
- Campur dan adun semua hingga sebati.
Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!
Bahan dan cara penyediaan sup:
- Bawang putih (dicencang)
- Air
- Garam
- Secukup rasa
- Daun bawang
- Tumis bawang putih cincang sampai wangi.
- Masukkan air, garam, cukup rasa dan daun bawang.
- Masukkan wantan dan tutup api selepas ia menggelegak.
Siapp! Dah boleh lawan dengan chilli oil.
Baca juga: Resipi Kek Minyak Kukus Pandan Vanilla, Pejam Mata 20 Minit Je Dah Siap!
Sumber: Aelma Husna
FT Image: Aelma Husna