Tak semua orang tahu membuat mi kari. Jadi, tak salah mencuba dan belajar sampai pandai. Justeru itu, bagi memudahkan anda yang amatur, di bawah terdapat resipi mee kari sedap yang sangat terperinci ajarannya.
Ia merupakan perkongsian dari Ameera yang ingin membantu mereka yang amatur agar pandai membuat hidangan mi berlemak oren ini. Jom belajar sama-sama!
Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!
MEE KARI SEDAP
Resipi mi kari ini boleh diguna pakai untuk mak-mak amatur. Siap ajar satu-satu. Kalu tak jadi, tak tahulah.
Sukatan hidangan ini untuk 10 orang makan. Selamat mencuba!
Bahan-bahan dan cara penyediaa kuah mee kari sedap:
- 2 batang serai (dititik)
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- Halia sebesar ibu jari tangan
- 7 ulas bawang putih (dihiris)
- Udang kering segenggam
- Kulit kayu manis
- 2 bunga lawang
- Buah pelaga
- Serbuk rempah kari daging BABAS
- 2 kiub ayam
- Daun kari
- Ayam
- Udang
- 7 asam keping
- 2 sudu makan garam
- 1 senduk gula
- Santan
- Taufu
Baca juga: Tauhu Tulip Lembut Di Luar Tapi Garing Dalamnya, ‘Jajan’ Enak Bikin Jatuh Cinta!
Baca juga: Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!
- Mula-mula, kisarkan udang kering.
- Masukkan 4 sudu makan serbuk kari yang penuh sudu seperti berbukit dan 1 kiub ayam ke dalam mangkuk untuk digaul sebati bersama air.
- Panaskan minyak dan tumiskan bebawang yang dihiris serta masukkan serai.
- Selepas itu, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
- Gaul rata bahan tumis dan kemudian masukkan daun kari dibuang tangkai.
- Apabila tumis sudah kekuningan, masukkan udang kering yang dikisar dan rempah kari.
- Biarkan ia masak hingga naik minyak.
- Kemudian, masukkan ayam, udang, 1 kiub ayam dan air 3 mangkuk besar.
- Perasakan dengan asam keping, garam dan gula serta tunggu sehingga kuah menggelegak.
- Selepas kuah menggelegak, boleh masukkan santan.
- Akhir sekali, masukkan taufu yang telah dipotong mengikut saiz kesukaan.
Nak lebih jelas cara buat kuah kari ini boleh rujuk gambar-gambar disediakan Ameera di bawah.
Baca juga: Resipi Wantan Set Lengkap, Rupa Je Kompleks Tapi Mudah Sangat Nak Buat!
Baca juga: Tak Perlu Rendam Berejam, 15 Minit Je Sayur Layu Terus Berubah Segar Dengan Tips Ini!
Dah siap kuah mi kari bolehlah anda makan bersama bahan-bahan sampingan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera!
Bahan-bahan sampingan mee kari sedap:
- Mi kuning (celur dan tos)
- Sayur tauge (celur kejap dan tos)
- Sayur sawi (celur kejap dan tos)
- Daun pudina
- Daun sup (dihiris halus)
- Fish cake (digoreng)
- Limau kasturi (dibelah)
- Telur rebus (dibelah 2)
- Bawang goreng
- Cili besar dan kecil (dihiris)
Baca juga: Cara Buat ROTI KERING BERGULA Yang Rangup, Cicah Air Panas Pehhh Terbaik!
Sumber: Ameera
FT Image: Ameera