Roti kering bergula merupakan biskut pilihan nombor satu kebanyakan orang ketika sesi minum petang bersama keluarga. Malah, ia juga menu paling ‘lejen’ datuk dan nenek kita.
Kalau nak tahu, roti kering bergula sangat sedap dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang rangup, apatah lagi jika dicicah ke dalam air panas. Memang nikmat! Ditambah pula, warnanya yang coklat kuning dan keemasan, memang terliur habislah.
Baca juga: Tauhu Tulip Lembut Di Luar Tapi Garing Dalamnya, ‘Jajan’ Enak Bikin Jatuh Cinta!
ROTI KERING BERGULA
Daripada membeli di kedai, anda boleh sahaja membuat roti kering bergula ini sendiri seperti perkongsian resipi dari Saidatul Arnie. Lagi pula, anda boleh manfaatkan roti yang hampir nak tamat tarikh luput dengan membuat biksut ini.
Malam ini minum petang roti planta bergula. Anak-anak suka sangat.
Sayang pula roti yang nak tamat tarikh luput. Jadi, ibu buatkan roti kering bergula dan boleh simpan dalam bekas. Esok sambung makan lagi krup krap krup krap bila digigit.
Baca juga: Petua Halau Semut Guna Daun Kari, Lintang-Pukang Serangga Tu Lari!
Baca juga: Tak Perlu Rendam Berejam, 15 Minit Je Sayur Layu Terus Berubah Segar Dengan Tips Ini!
Bahan-bahan dan langkah-langkah membuat Roti Planta Bergula:
- Roti
- Planta atau marjerin
- Gula pasir
- Sapukan planta atau marjerin di atas permukaan roti dengan rata.
- Kemudian, tabur gula pasir di atasnya.
- Setelah itu, potong roti kepada 2 bahagian.
- Bakar pada suhu 170 selama 25 minit hingga 30 minit.
Jangan lupa untuk memantau keadaan roti semasa ia dibakar, bagi mengelakkan ia terhangus kerana bergantung juga pada jenis ketuhar masing-masing.
Baca juga: Resipi Wantan Set Lengkap, Rupa Je Kompleks Tapi Mudah Sangat Nak Buat!
Sumber: Saidatul Arnie
FT Image: Saidatul Arnie