Dapur

Resepi Lasagna Guna Roti Keping, Menu Western Paling Ringkas Tapi Sangat Sedap!

77
SHARES
lasagna roti

Sekali-sekala menikmati hidangan berkonsepkan western, apa salahnya. Jom cuba buat lasagna roti! Menu yang begitu mudah dan ringkas tapi lazat untuk disajikan kepada seisi keluarga.

Antara bahan penting untuk membuat lasagna yang dikongsikan Sha Farina, adalah roti keping. Tidak kisah dari jenama apa pun, kerana kejadiannya pasti berhasil!

Baca juga: Guna 7 Cara Menarik Ini Manfaatkan Lebihan Limau Mandarin Yang Berkotak-Kotak Di Rumah!

LASAGNA ROTI

lasagna roti

Gambar: Bread lasagna selepas dibakar. – Sha Farina

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • Roti keping (tak kisah apa brand sekali pun)
  • Susu
  • Telur
  • Mentega
  • Keju (cheese)
  • Sos spageti (apa-apa jenama pun boleh)
  • Daging
  • Cendawan

Baca juga: Resepi Sambal Totok Jawa Guna Petai Rangup, Rosak Diet Sebab Confirm Tambah Nasi!

Baca juga: 3 Cara Peram Buah Tak Masak, Macam-Macam Jenis Boleh, Cuma Kaedah No. 3 Tak Digalakkan!

lasagna roti

Gambar: Sepotong lasagna. – Sha Farina

  1. Buat bancuhan susu dan telur.
  2. Kemudian, buat kuah spageti mengikut selera masing-masing.
  3. Lengserkan loyang dengan butter.
  4. Celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.
  5. Letak kuah spagetti.
  6. Letak cheese slice.
  7. Ulang step 1-3 sampai 3 layer.
  8. Taburkan parutan cheese.
  9. Tuang lebihan susu dan telur, kalau ada.
  10. Bakar sekitar 30 minit pada suhu 170c, tapi ikut oven masing-masing jugak ya.

Siap!

Baca juga: Resepi Gulai Kunyit Telur Ayam, Masa Masak Buat Cara Ini Baru Telur Cantik Tak Pecah!

Sumber: Sha Farina via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Sha Farina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×