Dapur

Cara Buat Lasagna Paling ‘Simple’ Guna Roti Gardenia. Terliur Tengok!

17.8K
reads

“Teringinnya rasa nak makan lasagna. Nak beli mahal, tapi kalau nak buat sendiri nampak macam susah pula. Ada tak cara buat lasagna yang simple ya? Mengidam betul tekak ni.”

Selain pizza, lasagna adalah sejenis makanan Itali yang cukup terkenal. Ia sebenarnya merupakan pasta yang dipanggang dalam oven dan dilapis-lapis bersama isi-isi lain seperti daging, sayur-sayuran, ayam, seafood dan sebagainya mengikut selera tersendiri.

Rupanya, ada cara buat lasagna yang amat senang menggunakan roti. Resepi ini dikongsikan khas oleh Cikpuan Nurul Ain Abdullah melalui Facebook beliau.

Jom kita ikuti resepi beliau yang telah mendapat lebih 70k shares ini!

Cara Buat Lasagna Paling Mudah Menggunakan Roti

Berikut adalah cara buat lasagna mudah untuk anda cuba di rumah. Simple saja, sesiapa pun mesti boleh buat.

Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan:

  • Roti Gardenia  (dibuang kulit)
  • Cheese mozarella 1 paket
  • Tomato puri 1 tin
  • Daging/ayam cincang Cap Ramly
  • Sayur campur
  • Sosej (dipotong kecil)
  • Lada capsicum
  • Bawang putih dan bawang besar (dipotong dadu)
  • Garam
  • Sos Life

Cara-cara

Ini pula cara membuatnya langkah demi langkah.

1. Sediakan Inti

Langkah pertama, kita sediakan intinya terlebih dahulu. Terpulanglah nak inti ayam, daging, atau seafood. Untuk perkongsian ini, saya gunakan ayam cincang dan sosej sebagai bahan asasnya.

Untuk membuat inti langkah seperti berikut:

  • Tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan sayur campur.
  • Campurkan ayam cincang dan sosej.
  • Masukkan tomato puri.
  • Perasakan dengan garam. Masak hingga kering. Asingkan.

2. Salut Roti Dengan Telur

Bila intinya dah sedia, kita boleh mulakan proses melapis-lapiskan roti.

Sebelum itu, pecahkah telur dan pukul hingga hancur. Lepas itu, ambil roti yang telah dibuang kulit dan salutkan dengan telur yang telah dipukul. Susunkan dalam loyang pembakar.

3. Lapiskan Dengan Inti

Seterusnya, lapiskan dengan inti yang dimasak tadi. Padat-padatkan dan ratakan macam dalam gambar ini.

4. Taburkan Cheese & Sos Cili

Kemudian, taburkan cheese sebanyak mana yang anda suka. Siapa suka banyak, boleh lebihkan. Ini cheese yang saya gunakan. Nak guna jenama lain pun boleh.

cara buat lasagna

Saya tambahkan juga sedikit sos cili Life.

5. Ulang Hingga 3 Lapisan

Ulang langkah 2-4 sebanyak 2 kali lagi. Saya buat 3 lapisan – lapisan bawah, tengah, dan atas.

6. Bakar Dalam Oven

Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 40 minit.

Biar luarannya garing sedikit, baru sedap!

cara buat lasagna

Inilah Hasilnya!

Bila dah masak, inilah hasilnya. Memang menjilat jari!

Ini pula slice yang telah dipotong.

Wah, terliur kan? Mudah sangat membuatnya.

Selamat mencuba.

 

*Resepi asal dan cara buat lasagna ini dikongsikan oleh CikPuan Nurul Ain Abdullah dengan kebenaran beliau. Untuk lebih banyak perkongsian, follow Facebook beliau di SINI.

 

 

Yang Popular

To Top