Dapur

Cara Buat Nugget Ayam Bersayur Yang Mudah & Sihat. Bayi Pun Boleh Makan

476
SHARES

Siapa tak suka makan nugget kan? Bukan kata anak-anak saja yang minat, yang remaja, dewasa pun sama suka. Sebenarnya nugget ayam sangat mudah untuk dibuat. Malah, ianya lebih sihat kalau kita buat sendiri. Maklumlah, semua bahan yang digunakan tentu lebih terjamin. Kita pun boleh ‘sumbatkan’ sayur dalam nugget ini supaya anak-anak yang tak makan sayur tetap akan memakannya.

Kali ini, kami kongsikan cara buat nugget ayam yang istimewa oleh Puan Suhaili Mohamed Tauhid. Walaupun simple, tapi semestinya lazat!

Cara Buat Nugget Ayam Bersayur Yang Extra Sihat Untuk Anak. Mudah!

Pertama sekali, kita lihat dulu bahan-bahannya seperti di bawah ini.

Bahan-bahan

Bahan A:

  • 1 pek besar ayam kisar 800g (kisar sendiri ayam segar lagi bagus)
  • 2 cawan tepung jagung (nak guna tepung gandum pun boleh, tapi nugget keras sikit dan kurang sedap)
  • Serbuk lada hitam (sedikit)
  • Serbuk bawang putih (sedikit) @ garlic powder
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Sayur (pilihan masing-maisng nak letak carrot, kubis, sawi, bayam, brokoli, dan sebagainya)
  • Garam (atau nak letak apa-apa tambahan perasa. Sebaiknya tak perlu. Kalau nak letak, sikit sajalah ya.)

Bahan B:

  • 5 biji telur untuk salut
  • Serbuk roti

Cara-cara

Ini pula cara membuatnya.

1. Gaulkan Bahan A

Pertama sekali gaulkan semua bahan A hingga sebati.

2. Bentukkan

Bila bahan A dah digaulkan sebati, ambil sedikit demi sedikit dan buat bentuk yang anda suka. Ikut kreativiti masing-masing.

Guna cookie cutter pun boleh.

3. Salutkan Telur

Seterusnya, pecahkan telur 5 biji dan kacau sedikit. Kemudian, ambil nugget yang dah dibentuk tadi dan golekkan dengan telur.

4. Salutkan Serbuk Roti

Seterusnya, ambil serbuk roti untuk salutan terakhir. Golekkan hingga rata.

5. Sejukkan

Akhir sekali, simpan dan sejukkan terus dalam peti sejuk beku supaya bentuknya lebih pejal.

6. Siap Untuk Digoreng!

Agak-agak dah kukuh bentuknya, dah bolehlah goreng. Nak terus goreng sikit pun boleh.

Kalau simpan dalam peti sejuk beku, boleh buat stok untuk beberapa minggu. Memang mudah, sedap dan tetap berkhasiat.

cara buat nugget ayam

Tips Tambahan

1. Kalau tak suka ayam, boleh guna daging dan juga ikan. Guna kaedah yang sama. Kalau guna ikan, pastikan ianya dikisar sampai betul-betul hancur. Kalau guna ikan lagi sedap sebenarnya. Struktur dalamnya lebih lembut dan basah. Terasa juicy.

2. Serbuk roti boleh dibeli di pasaraya atau kedai bakery. Kalau rajin, buat sendiri guna roti di rumah saja, tak kisahlah roti Gardenia, roti benggali atau apa-apa roti. Caranya, bakar roti guna oven sampai kering (potong-potong halus sikit bagi cepat kering). Kemudian blend guna blender kering. Siap.

3. Garlic powder ada dijual di pasaraya. Ia berwarna putih dalam bentuk serbuk. Kalau tak jumpa atau malas nak beli, ambil selabu bawang putih dan buat sendiri. Goreng dan keringkan. Kemudian, blend jadi serbuk.

Semoga tips ini membantu.

Pilihan Homemade Yang Lebih Sihat

Sekali buat, biarlah lebih sedikit kerana nugget ayam bersayur ini boleh disimpan dan dibuat stok frozen. Mudah untuk dibawa ke sekolah dan tentunya pilihan yang lebih sihat buat seisi keluarga.

Selamat mencuba!

 

*Cara buat nugget ayam yang ringkas dan mudah ini adalah resepi asal oleh Puan Suhaili Mohamed Tauhid melalui perkongsian beliau di page Masak Apa Hari Ni dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

**Selain berpengalaman dalam bidang masakan, beliau juga mengusahakan Mama Ell Home Kitchen yang menerima pelbagai tempahan menu homemade. Jika berminat menjadi Ejen Perkasam Daging Berempah, boleh hubungi beliau di sini. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×