Dapur

Resepi Nugget Nasi Frozen Untuk Anak Anda Yang Susah Makan Nasi

4.4K
reads

“Budak-budak ni susah betul nak suruh makan nasi. Kalau bagi nugget, laju je habis. Mesti ada cara buat nugget versi sihat untuk diorang. Kalau boleh pakai nasi lagi bagus. Senang pun senang.”

Mesti ramai ibu-ibu pernah menghadapi masalah seperti di atas. Sekali-sekala, terasa juga nak olah resepi untuk galakkan anak makan nasi.

Alhamdulillah, inilah hasilnya. Olahan resepi nugget nasi frozen untuk anak-anak yang dikongsikan oleh Puan Siti Khadijah Haron. Yang penting, homemade dan bebas bahan pengawet. Senang saja nak buat sebab ia berasaskan nasi.

Mari kita ikuti cara buat nugget nasi ini selengkapnya.

Bahan-bahan

  • Nasi panas (baru masak)
  • Ayam cincang (Saya guna ayam mentah. Jangan risau sebab nanti masa goreng nugget nanti, ayamnya masak elok saja.)
  • Serbuk perasa* (optional, tak perlu tambah pun tak apa)
  • Garam
  • Telur & serbuk roti (untuk salutan luar)

Cara Buat Nugget Nasi Homemade

Begini cara buat nugget nasi frozen yang simple dan sangat mudah.

1. Gaulkan Bahan

Pertama sekali, gaulkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan di atas hingga sebati.

Memandangkan nugget ini untuk kanak-kanak, sebaiknya gunakan stok ayam yang dibuat sendiri supaya bebas MSG. Kalau tak nak guna pun tak apa sebab ayam cincang dah cukup perasa ayamnya. Sekarang pun dah ada banyak dijual serbuk / stok ayam jenis organik khas untuk bayi yang boleh dicari di pasaran.

*Kalau nak buat serbuk perasa ini sendiri, boleh rujuk cara membuatnya di SINI.

2. Bentukkan

Seterusnya, lenyekkan bahan supaya ia melekat antara satu sama lain dan mudah berderai. Kemudian, kepal-kepalkan dan tekankan supaya leper.

Nak guna acuan ready made pun boleh.

cara buat nugget

3. Celup Telur & Serbuk Roti

Bila dah jadi bentuk-bentuk yang diinginkan, langkah seterusnya adalah nak buat lapisan luarnya yang rangup.

Caranya macam biasa, celup telur dan lepas itu salutkan pula dengan serbuk roti (breadcrumb).

4. Bekukan & Sedia Untuk Digoreng

Bila dah siap disalut, kena bekukan dulu dalam peti sejuk bahagian freezer. Lepas bentuknya dah mengeras, bolehlah goreng.

Beginilah rupanya yang belum digoreng. Mudah sangat, tapi nampak menarik, kan? Cuma guna nasi dan ayam saja.

Anak-anak yang susah makan nasi pun tentu akan suka bila tengok rupanya begini.

cara buat nugget nasi

Beginilah Hasilnya!

Inilah rupanya bila dah siap digoreng, memang nampak macam nugget yang dijual di pasaran kan? Rasanya pun tetap sedap walaupun hanya menggunakan 3-4 bahan ringkas.

Buat pengetahuan, anak saya memang susah makan nasi. Tapi bila makan nugget nasi ini, dia lebih berselera.

Jadi, anda pun boleh cuba juga resepi ini atau mengolahnya mengikut bahan yang anda suka. Mungkin boleh tambahkan sayuran seperti lobak merah atau bayam supaya lebih nutrisi.

Selamat mencuba!

 

*Cara buat nugget ini adalah olahan resepi oleh Puan Siti Khadijah Haron yang pernah dikongsikan beliau melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

Yang Popular

To Top