Asuh

Murid Darjah 2 BUTA Kedua-Dua Belah Mata Akibat Kerap Makan Sosej & Nuget, Kurang Vitamin A

4
SHARES
makanan proses

Terbaharu, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr. Erna Nadia telah berkongsi insiden membabitkan seorang pelajar darjah dua yang hilang penglihatan (total blindness) kerana selalu makan makanan proses!

Memetik laporan The Guardian, makanan berproses seperti sosej mengandungi banyak bahan kimia yang dipanggil sebagai nitrites dan nitrates. Jika bahan kimia ini berada di dalam badan ia boleh menyebabkan kanser.

Baca juga: Bayi Menangis 1 Jam Ketika Sleep Training, Ibu Sangka Senyap Tanda Berjaya Rupanya Dah ‘Pergi’

SELALU MAKAN MAKANAN PROSES SEPERTI SOSEJ, BUDAK DARJAH 2 HILANG PENGLIHATAN

makanan proses

Foto: Freepik

Dalam kes yang dikongsikan Dr Erna ini, awalnya pelajar itu menjerit secara tiba-tiba dan bertanya kepada guru mengapakah dia tidak dapat melihat.

“Teacher, why I can’t see anything? (Cikgu, mengapa saya tidak boleh melihat apa-apa?),” soal pelajar itu sambil menjerit.

Keadaan itu menyebabkan seluruh kelas terkejut dan guru kemudiannya dengan segera menghubungi ibu ayah murid tersebut untuk dihantar ke hospital.

Selepas melalui pelbagai pemeriksaan yang tidak mudah dan mengambil masa lebih daripada dua hari, pelajar itu disahkan kehilangan deria penglihatan untuk kedua-dua matanya. Hasil keputusan turut menunjukan kanak-kanak itu kekurangan Vitamin A!

“Kekurangan Vitamin A yang teruk. Terduduklah ibu ayahnya. Sebab bila pakar pemakanan siasat, anak ini cuma makan makanan proses (processed food) sahaja iaitu nuget, sosej, dan biskut (cookies) sejak dari bayi sampailah ke darjah dua.

“Bunyi macam ‘kau biar betul doktor? Takkan itu je makanan budak tu?’ Ya betul ” jelas Dr Erna.

Dr Erna memberitahu lagi bahawa kejadian ini benar-benar berlaku di ibu negara Malaysia dan ibu bapa pelajar berkenaan bukanlah golongan orang biasa. Katanya sewaktu kisah ini dikongsikan oleh rakannya, Dr Erna mula berasa marah kerana ada ibu bapa yang seperti itu namun apabila difikirkan semula, ramai dalam kalangan ibu bapa terlampau sibuk yang menjadi punca kepada masalah ini.

“Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tak dpaat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul-betul makan lengkap. Nasi ayam pun okay, bihun sup pun okay, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat.

“Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul-betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu,” ujarnya.

SUPLEMEN TAK BERI KHASIAT SAMA MACAM MAKANAN ASLI

makanan proses

Foto: Freepik

Ada juga yang bertanya, adakah suplemen dapat membantu untuk merawat masalah pemakanan ini? Dr. Erna menyatakan bahawa suplemen tambahan seperti vitamin tidak membantu anak-anak mendapat khasiat makanan yang betul (real food). Dr Erna turut menyifatkan dia kasihan dengan ibu ayah pelajar itu kerana tahu ia bukan mudah untuk diterima.

“Sudah tentu tidak mudah juga untuk ini sendiri nak biasakan dengan keadaan diri. Semua benda pasti mengambil masa. Saya kongsi bukan untuk kecam sesiapa, saya kongsi sebagai ingatan untuk diri saya sebab saya pun tak masak hari-hari juga.

“Kita cubalah ya masukkan menu sihat dan makan makanan yang betul-betul makanan setuap hari. Makan nasi dan telur mata dan kicap pun ok, janji makanan betul.

“Makanan proses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa-apa nutrisi di dalamnya. Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia,” kata Dr Erna.

Dalam hantaran sama Dr Erna turut memaklumkan simptom awal seseorang kekurangan vitamin A adalah seperti:

-Mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih.
-Sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap.
-Mata kurang menghasilkan air mata dan jika dibiarkan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.

Antara makanan yang tinggi dengan vitamin A dan boleh diamalkan adalah:

-Sayur bayam
-Lobak merah
-Buah mangga
-Buah betik
-Aprikot
-Ikan
-Ayam
-Telur kuning
-Keledek

*Kalau mak ayah tak jaga anak sendiri, siapa lagi nak jaga bukan?

Baca juga: Budak 12 Tahun Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup Akibat Kerap Makan Ayam Goreng

Sumber: Freepik (Foto), The Guardian, Dr. Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×