Famili

Polis Serbu Kilang Sosej Kotor & Proses Atas Lantai, Kembang Tekak Bila Tengok!

31
SHARES
kilang sosej kotor

Pada 13 November 2024 lalu, pihak polis telah menyerbu sebuah kilang sosej kotor yang beroperasi tanpa lesen. Difahamkan, premis tersebut memproses dan membungkus sosej dengan cara tidak bersih.

Pengawai bandar dan kakitangan kesihatan turut mengesyaki bahawa pemilik dan empat pekerja duduk secara haram untuk bekerja di kilang tersebut.

Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

KILANG SOSEJ KOTOR, KEMBANG TEKAK BILA TENGOK

KILANG SOSEJ KOTOR

Premis itu turut diisytiharkan sebagai tempat kejadian jenayah dan pakar forensik mengumpul beberapa bukti selain merampas sampel makanan yang ditemui di dalam rumah untuk siasatan lanjut.

Ketika serbuan dilakukan, semua orang yang berada di premis tersebut telah ditahan dan ditangkap kerana berada secara haram.

Operasi ini dilakukan untuk memastikan kebersihan makanan dijaga dengan elok agar tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri.

Menurut penduduk di kawasan sekitar, mereka tidak mengetahui keberadaan kilang sosej tersebut dan hanya melihat kenderaan keluar masuk premis berkenaan.

Jadi, bagi memastikan kebersihan kekal terjaga, anda dinasihatkan untuk membuat sendiri sosej di rumah terutamanya untuk diberikan kepada anak seperti perkongsian resepi di bawah.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bawang
  • Bilis
  • Sayur campur
  • Isi ayam
  • Nasi
  • Telur
  • Tepung ubi

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan masukkan ke dalam bekas.

2. Kemudian, bentukkan sosej tersebut menggunakan acuan sosej.

3. Seterusnya, kukus selama 20 hingga 30 minit.

4. Setelah 30 minit, sedia untuk dihidangkan.

Resepi sosej ini boleh juga digoreng mengikut pilihan anda.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Penjual Kuih Mengeluh Jualan Tak Laku Di Bazar Ramadan, Rupanya Salah Sendiri Sebab ….

Sumber: Daily Sun & Wawa Tralala

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×