Sebelum ini, penjual kuih terutamanya di bazar Ramadan mengeluh kerana rata-rata makanan yang dijual tidak habis. Perkara ini sudah pastinya satu pembaziran buat mereka sebagai peniaga kecil-kecilan.
Menerusi laman media sosial seorang pengguna Facebook, ada satu cadangan diberikan kepada penjual kuih di bazar Ramadan agar jualan habis dan laku.
Baca juga: 7 Jenis Krim Gatal Boleh Dibeli Di Farmasi, ‘Confirm’ Tak Menggaru Dah Nanti!
PENJUAL KUIH MENGELUH MAKANAN TAK HABIS, INI CARA BOLEH CUBA

Kredit: gambar asli penulis
Menurutnya, cara jualan perlu ditukar kepada yang lebih sistematik agar tiada berlaku sebarang pembaziran di mana penjual kuih boleh membenarkan pelanggan mencampur kuih pilihannya.
“Ramai penjual kuih mengeluh kuih banyak tak habis bila dekat bazar Ramadan. Cuba tukar cara jualan anda. buat macam dulu-dulu balik.
“Kuih jualan itu susun sahaja dalam bekas dan pembeli boleh campur-campur pilih kuih yang mereka nak. Jangan bungkus 4 hingga 5 ketul macam sekarang sebab tak semua dalam keluarga nak makan kuih yang sama,” jelasnya.
Katanya, teknik ini sememangnya sangat berkesan kerana sudah dicuba oleh rakannya sendiri. Ternyata hasil jualan meningkat berbanding menggunakan cara sebelum ini.
“Kawan saya jual kuih buat cara macam ini selalunya habis. Bungkus 4-5 ketul kuih dalam satu bekas membuatkan pelanggan macam ralat sikit nak beli. Sudahnya tak terbeli kan?,” katanya.
Jadi, para penjual kuih di luar sana boleh mencuba idea ini sewaktu berniaga di bazar Ramadan untuk menarik perhatian pelanggan. Elakkan sebarang pembaziran dalam peniagaan anda agar mendapat keuntungan yang diinginkan.
Perkongsian di laman Facebook itu pastinya dibanjiri komen daripada pelanggan yang rata-rata bersetuju dengan cadangan diberikan. Mereka berharap agar penjual kuih di luar sana menukar gaya jualan pada bulan Ramadan ini.
“Betul, saya jenis ambil kuih berjenis-jenis, contoh 2 kuih manis, 2 kuih pedas. Bila beli dalam bungkus ini, banyak pula membazir. Bila teringin sangat, terpaksa belilah juga,” komen pengguna Facebook.
Baca juga: Cikgu Batalkan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sehari Sebelum, Guna Alasan Tak Cukup Bajet
Sumber: Facebook