Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila pihak sekolah memberikan harapan palsu mengenai anugerah kecemerlangan anaknya.
Menerusi luahan Wan Muhammad itu, dia memberitahu bahawa tindakan pihak sekolah itu sangat tidak wajar dilakukan kerana seolah-olah memberi harapan kepada anaknya.
Baca juga: Mata Buta Sebelah Akibat Dibaling Mainan, Lelaki Ini Reda Jadi OKU Penglihatan…
ANUGERAH KECEMERLANGAN HANYA HARAPAN PALSU
Dia menjelaskan pihak sekolah telah memberi surat anugerah kecemerlangan tersebut pada hari Khamis (9 Januari) namun membatalkannya secara saat terakhir iaitu sehari sebelum majlis.
“Anak terima surat minggu lepas dalam hari Khamis tak silap, bayangkan tadi petang 13 hari bulan sebelum Maghrib dapat panggilan dari sekolah mengatakan pihak sekolah tidak cukup dana atau bajet untuk memberi anugerah pada top 5.
“Tinggal esok sahaja hari kecemerlangan, kalau tak layak dari awal tak kisah tapi ini dah dapat surat berhari-hari dan esok harinya,” jelasnya.
Wan Muhammad turut memberitahu anaknya duduk di dalam bilik selama satu jam sambil menangis kerana kecewa dengan pembatalan anugerah kecemerlangan tersebut.
Tujuan dia berkongsi hal berkenaan untuk memberi nasihat kepada pihak sekolah agar tidak melakukan perkara ini berulang kali kerana anugerah kecemerlangan amat penting untuk pelajar.
“Betapa hancurnya hati seorang budak sekolah rendah dibuat macam ini. Sejam anak duduk dalam bilik sambil menangis, anak tak pernah terperuk dalam bilik. Kali pertama melihat anak kecewa macam ini.
“Maaf saya menulis bukan niat nak burukkan mana-mana pihak, cuma pesan tolong jangan buat pekara seperti ini lagi pada masa akan datang. Kasihan la murid,” nasihatnya.
Perkongsian itu pastinya dibanjiri komen warganet yang turut bersimpati dengan perkara ini kerana ia tidak sewajarnya berlaku.
Baca juga: Bekas Jururawat Patahkan Tulang Bayi Dalam NICU, Ramai Dah Jadi Mangsa Sejak 2023!
Sumber: Facebook Wan Muhammad