Menerusi laman Facebook milik Ustaz Hanafi, beliau ada kongsikan tiga amalan atau adab waktu Maghrib yang masih ramai terlepas pandang dan melakukannya.
Dalam Islam, waktu Maghrib sangat dianjurkan untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan syaitan. Jadi, ikuti perkongsian penuh mengenai adab waktu Maghrib di bawah ini.
Baca juga: Hukum Buat Wax/Laser Bahagian Miss V Supaya Nampak Putih & Lebih Seksi, Ramai Rupanya Yang Dah Buat!
ADAB WAKTU MAGHRIB YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG
Waktu Maghrib syaitan aktif, jadi kita kena jaga adab-adab seperti cara di bawah ini:
1. Tutup pintu rumah
Tolong tutup segala pintu-pintu yang ada dalam rumah. Tutup pintu dengan bacaan Bismillah. InsyaAllah syaitan tidak akan masuk.
2. Adab waktu Maghrib – tutup makanan
Waktu maghrib syaitan berkeliaran mencari ‘makan’. Syaitan ‘makan’ tulang dan kotoran. Jadi buang tulang dengan cara yang betul, jangan berselerak.
Sebelum tidur, pastikan tutup makanan dengan tudung saji atau bekas yang bersesusian. Kalau tak tutup, syaitan akan datang makan dan jilat.
Jadi, esoknya kita pula makan bekas-bekas syaitan. Pastikan anda tutup makanan dengan bacaan Bismillah.
3. Jangan bawa bayi keluar waktu Maghrib
Adab waktu Maghrib yang terakhir adalah jangan bawa anak terutamanya bayi keluar ketika waktu tersebut. Hal ini kerana ia boleh mengganggu pemikiran dan karakter si kecil.
Sekiranya anda keluar pada waktu tersebut, masuk rumah dengan membaca Bismillah, mandi, ambil wuduk, solat dan mengaji. Ingat, mereka akan lemah apabila kita melakukan apa-apa pun dengan nama Allah.
Mungkin dengan amalan ini dapat jauhkan diri daripada keburukan dalam rumah tangga dan mendatangkan rahmat. Barulah pandang suami, isteri dan anak-anak hati lebih tenang.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: PU Syed Bidas Tindakan Azwan Ali Berpakaian Perempuan, “Memalukan & Kembali Kepada Fitrah…”
Sumber: Facebook Ustaz Hanafi