Nur

Ada 5 Waktu Yang Diharamkan Untuk Menunaikan Solat Kecuali Solat Sunat Tertentu Ini..

23
SHARES
waktu haram solat

Menunaikan solat merupakan perkara wajib dan menjadi tiang agama dalam Islam. Namun, tahukah anda bahawa ada waktu haram solat yang anda tidak boleh lakukan jika keperluannya tidak perlu diutamakan? Ramai juga dalam kalangan warga Islam yang tanya, adakah ada solat sunat yang boleh ditunaikan dalam waktu haram ini?

Untuk penerangan yang lebih jelas, berikut merupakan perkongsian ilmu dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang waktu haram untuk solat dan solat sunat apakah yang boleh ditunaikan dalam tempoh ini.

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

APAKAH WAKTU HARAM SOLAT?

waktu haram solat

Apakah solat sunat yang boleh dilakukan pada waktu yang diharamkan untuk solat? Apakah yang dimaksudkan dengan sebab yang mendahului dan sebab terkemudian bagi solat-solat sunat yang diharuskan tersebut?

Berdasarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, solat sunat yang diharuskan untuk dilaksanakan pada waktu yang diharamkan ialah solat yang sebabnya mendahului solat tersebut. Contohnya solat sunat wuduk, solat jenazah, sujud tilawah, sujud syukur dan seumpamanya. Hal ini kerana, sebab yang menjadikan solat tersebut disunatkan wujud terlebih dahulu berbanding solat tersebut seperti wuduk sebelum solat sunat wuduk.

Adapun solat yang mempunyai sebab yang terkemudian seperti solat sunat istikharah dan ihram tidak diharuskan kerana kedua-dua sebab itu dilakukan selepas solat dilaksanakan.

Terdapat lima waktu yang dilarang solat seperti yang disebutkan di dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah:

تحرم الصَّلَاة فِي غير حرم مَكَّة وَقت طُلُوع الشَّمْس حَتَّى ترْتَفع قدر رمح وَوقت الاسْتوَاء إِلَّا يَوْم الْجُمُعَة حَتَّى تَزُول وَوقت الاصفرار حَتَّى تغرب وَبعد صَلَاة الصُّبْح حَتَّى تطلع وَبعد صَلَاة الْعَصْر حَتَّى تغرب

Maksudnya: Diharamkan solat selain di Masjidil Haram di Mekah :

i) Pada waktu terbit matahari sehinggalah ia naik pada kadar segalah.

ii) Juga pada waktu istiwa’ (matahari rembang) kecuali pada hari Jumaat sehingga gelincir matahari.

iii) Waktu senja sehingga terbenam matahari.

iv) Waktu selepas solat Subuh sehingga terbit matahari.

v) Waktu selepas solat Asar sehingga terbenam matahari. (Rujuk al-Muqaddimah al-Hadhramiah, 58)

Walau bagaimanapun, bagi solat-solat sunat yang mempunyai sebab yang mendahului solat tersebut seperti qada solat, maka ia diharuskan. Manakala, solat yang sebabnya terkemudian seperti solat istikharah, daripada solat maka diharamkan dan tidak sah jika dilakukan pada waktu-waktu yang dilarang. Hal ini dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini bahawa:

أما مَا لَهُ سَبَب مُتَأَخّر كركعتي الاستخارة وَالْإِحْرَام فَإِنَّهَا لَا تَنْعَقِد كَالصَّلَاةِ الَّتِي لَا سَبَب لَهَا

Maksudnya: Adapun solat sunat yang sebabnya terkemudian seperti solat sunat Istikharah dan Ihram maka ia tidak sah (dilaksanakan pada waktu yang dimakruhkan) kerana (hukumnya) sama seperti solat yang tiada sebab baginya. (Rujuk al-Iqna’, 1:128)

waktu haram solat

Foto: ngopibareng.id

Oleh yang demikian, dapat difahami daripada perbahasan di atas bahawa apa yang dimaksudkan dengan sebab yang mendahului itu adalah berdasarkan kepada solat. Jika sebab itu berlaku sebelum solat sunat dilaksanakan, maka ia diharuskan.

Baca juga: Cara Ganti (Qada) Solat Fardhu Ikut Imam Solat Tarawih, Baru Tahu!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×