Nur

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Secara Berjemaah Atau Sendirian Dari JAKIM

1
SHARES
solat raya aidilfitri

Bagi memulakan sambutan tibanya Syawal dan Hari Raya Aidilfitri, eloklah sekiranya seluruh umat Islam disarankan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri terlebih dahulu. Oleh kerana solat sunat ini ditunaikan setahun sekali sahaja, sudah pasti ramai yang terlupa cara solat Raya Aidilfitri ini bukan?

Jangan risau, sambil-sambil menyiapkan makanan bersama ahli keluarga, ayuh kita segarkan kembali memori tentang cara menunaikan solat sunat ini di pagi Raya nanti.

Baca juga: Hukum Terlepas Bayar Zakat Fitrah & Cara Penyelesaiannya, Terlupa Sampai Macam Tu Sekali!

CARA SOLAT RAYA AIDILFITRI PANDUAN DARI JAKIM

solat raya aidilfitri

Hukum solat sunat Hari Raya ialah sunat muakkad. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat Baginda terus melakukannya selepas itu.

Berdasarkan hadis daripada Abi Sa’id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang merdeka atau hamba kecuali perempuan yang menghiasi diri atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

Imam Al-Nawawi berkata : الْمَذْهَبُ وَالْمَنْصُوصُ فِي الْكُتُبِ الْجَدِيدَةِ كُلِّهَا، أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدِ تُشْرَعُ لِلْمُنْفَرِدِ فِي بَيْتِهِ أَوْ غَيْرِهِ

Maksudnya : Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya.

Maka berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu :

-Dibolehkah bagi seseorang itu untuk melaksanakan solat hari raya secara seorang diri.
-Demikian juga dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya itu di rumah atau di tempat-tempat yang lain.

Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatan idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala

-Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.-

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatan idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

2. Membaca doa iftitah

3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Quran (disunatkan membaca surah al-A’laa). Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar)

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله

3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam

solat raya aidilfitri

*Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Baca juga: Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, 15 Minit Siap & Boleh Jadi Kudapan Semasa Raya!

Sumber: JAKIM

Foto: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×