Nur

Hukum Terlepas Bayar Zakat Fitrah & Cara Penyelesaiannya, Terlupa Sampai Macam Tu Sekali!

5
SHARES
waktu bayar zakat fitrah

Perkara wajib ditunaikan sempena menyambut bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri adalah pembayaran zakat fitrah. Ketua keluarga, khususnya perlu menunaikan pembayaran ini mengikut waktu bayar zakat fitrah yang disarankan iaitu pada waktu afdal dan waktu harus.

Tapi, bagaimana kalau anda betul-betul terlupa sehingga masuknya waktu haram dan terlepas waktu afdal untuk bayar zakat fitrah tersebut? Apa yang anda perlu lalukan? Berikut merupakan penjelasan sebagai ilmu tambahan untuk anda.

Baca juga: Nak Tunai Zakat Fitrah Sepatutnya Ikut Lokasi Negeri Bermastautin Atau Negeri Asal?

HUKUM TERLEPAS WAKTU BAYAR ZAKAT FITRAH DAN PENYELESAIANNYA

waktu bayar zakat fitrah

1) Perlu difahami waktu mengeluarkan zakat fitrah ada 5:

Waktu Harus: Iaitu apabila masuk sahaja Ramadan walaupun belum masuk waktu wajib zakat fitrah lagi.

Waktu Wajib: Bermula dengan terbenamnya matahari pada akhir Ramadan. Ketika ini sekiranya seseorang belum mengeluarkan fitrahnya lagi, maka dia telah wajib untuk mengeluarkannya, kecuali orang mati sebelum waktu wajib ini bermula atau bayi yang lahir selepas waktu wajib.

Waktu Afdal : Iaitu sunat mengeluarkannya sesudah subuh pada hari Raya sehingga saat Imam akan berdiri untuk mengimami sembahyang Raya.

Waktu Makruh: Iaitu MENANGGUHKAN pengeluarannya setelah sembahyang Raya didirikan sehingga terbenam matahari 1 Syawal, KECUALI ditangguhkan pengeluarannya kerana menunggu fuqara’/masakin yang berdekaran atau yang lebih layak untuk menerimanya.

Waktu HARAM: Iaitu setelah terbenam matahari 1 Syawal, kecuali pada seseorang yang kehilangan atau ditahan hartanya pada waktu wajib hingga habis waktu makruh atau dia tidak menemukan orang yang boleh menerima fitrahnya (amil atau asnaf) kecuali selepas masuk waktu haram.

Bagi mereka yang terlepas hingga masuk ke waktu makruh dan waktu haram mengeluarkan fitrah mereka TETAP WAJIB MENGELUARKAN FITRAH sesegera mungkin, dan bagi mereka yang terlepas hingga masuk ke waktu haram, dia mestilah meniatkan qada’ atas fitrah yang dia keluarkan disertakan dengan taubat kerana menangguhkan pembayaran fitrahnya. Jika tidak dia kekal berdosa selama tidak diqada’ fitrahnya itu.

Berkenaan penerimaan pusat /pejabat zakat akan bayaran fitrah pada waktu makruh dan haram ini perlu dirujuk kepada amil tempatan di tempat masing-masing.

waktu bayar zakat fitrah

Rujukan:  Taqrirāt Al Sadidah fi Masāil Mufidah, Habib Hasan Al Kaff hadizahullah.

Baca juga: Amalan 10 Malam Terakhir & Doa Bertemu Lailatul Qadar, InsyaAllah ‘Terpilih’!

Sumber: X Mohammad Faeez Harith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×