Nur

Nak Tunai Zakat Fitrah Sepatutnya Ikut Lokasi Negeri Bermastautin Atau Negeri Asal?

5
SHARES
tempat bayar zakat fitrah

Selari dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam bulan Syawal kelak, ramai yang sudah membuat persiapan dengan meriah. Namun, jangan dilupakan perkara yang wajib iaitu menunaikan zakat fitrah khususnya kepada ketua rumah. Ada juga yang tertanya-tanya tentang tempat bayar zakat fitrah dari segi lokasi tempat tinggal, adakah perlu ikut negeri bermastautin atau negeri asal?

Menerusi penjelasan di bawah, nampaknya ramai yang baru tahu bahawa anda dituntut untuk bayar zakat fitrah mengikut lokasi pada malam Hari Raya tersebut. Jom baca dengan lebih lanjut!

Baca juga: Amalan 10 Malam Terakhir & Doa Bertemu Lailatul Qadar, InsyaAllah ‘Terpilih’!

DI MANA TEMPAT BAYAR ZAKAT FITRAH? IKUT LOKASI MASTAUTIN ATAU KAMPUNG?

tempat bayar zakat fitrah

Zakat fitrah termasuk dalam perbahasan zakat umum, iaitu tempat yang wajib seseorang itu membayar zakat bergantung pada tempat di mana tiba waktu dia diwajibkan membayar zakat.

Seseorang itu diwajibkan bayar zakat fitrah apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, iaitu bermulanya satu Syawal. Manakala bayaran zakat fitrah pada awal Ramadan dan sebelum masuk hari raya hukumnya adalah harus.

Oleh itu seseorang itu dituntut bayar zakat di mana dia berada pada malam hari raya. Sebagai contoh Ali bertugas di Kuala Lumpur dan kampungnya di Besut Terengganu. Jika Ali berniat untuk pulang berhari raya di kampung, dia tidak dituntut bayar zakat di KL kerana dia diwajibkan bayar zakat pada malam hari raya, dan dia dijangkakan berada di Besut pada malam Hari Raya Aidilfitri.

SAH TAK KALAU BAYAR ZAKAT FITRAH AWAL?

tempat bayar zakat fitrah

Foto: BuzzKini

Persoalannya sekarang bagaimana amalan masyarakat sejak zaman berzaman yang bayar zakat fitrah lebih awal di tempat mastautin sedangkan pada malam hari raya mereka akan berada di kampung halaman? Adakah zakat yang mereka tunaikan lebih awal itu hukumnya sah? Bagi menjawab soalan ini, terdapat dua jawapan dari dua tokoh besar mazhab Syafi’i, iaitu Imam Ibn Hajar dan al-Ramli.

Menurut Imam Ibn Hajar hukum mengawalkan bayaran zakat fitrah seperti ini tidak sah dan wajib ditunaikan di tempat yang dia berada pada malam hari raya iaitu kampung halaman, walaupun zakat fitrah sudah dibayar di tempat mastautin. Ini kerana menurut beliau zakat yang diawalkan hukumnya tidak sah kerana ia dikira memindahkan zakat fitrah ke tempat lain dan asnaf di tempat itu yang layak menerima zakat itu.

Manakala menurut Imam al-Ramli, zakat fitrah yang diawalkan adalah sah meskipun pada malam hari raya dia akan berada di tempat lain. Oleh itu tidak wajib membayar semula ketika tiba di kampung halaman (tempat berhari raya).

Secara umumnya apa yang diamalkan orang masyarakat sebelum ini adalah tidak sah di sisi Ibn Hajar dan wajib bayar semula di tempat dia berada di malam dan siang hari raya. Manakala al-Ramli berpendapat hukumnya sah dan tidak wajib bayar semula. Namun di sisi al-Ramli juga bayaran zakat di tempat malam hari raya itu lebih utama.

Dalam hal mendepani perbezaan pandangan dalam mazhab Syafi’i seperti ini, kita sebagai orang awam digalakkan agar keluar daripada khilaf dengan memilih pandangan yang lebih warak, iaitu pandangan yang diutarakan oleh Ibn Hajar al-Haitami.

Wallahu A’lam

Baca juga: Ada 5 Waktu Yang Diharamkan Untuk Menunaikan Solat Kecuali Solat Sunat Tertentu Ini..

Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×