Nur

Ini 5 Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah, Jangan Sampai Terlewat & Lupa Bayar!

7
SHARES
WAKTU BAYAR ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah wajib dibayar oleh umat Islam yang berkemampuan dan mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan. Buat pengetahuan anda, terdapat lima waktu bayar zakat fitrah dan jangan sesekali menunaikan tanggungjawab itu ketika waktu haram.

Setiap lima waktu tersebut mempunyai hukum tersendiri dan anda perlu ambil berat agar tidak terlepas waktu yang sepatutnya. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Hukum Non-Muslim Gunting Rambut Bayi Di Majlis Berendoi, Ambil Tahu Sebelum Buat

WAKTU BAYAR ZAKAT FITRAH, JANGAN SAMPAI TERLUPA

WAKTU BAYAR ZAKAT FITRAH

Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.

1. Waktu harus

Di dalam mazhab Syafie, umat Islam boleh membayar zakat fitrah bermula 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.

2. Waktu wajib

Waktu wajib untuk umat Islam membayar zakat fitrah adalah pada akhir Ramadan ketika waktu senja atau terbenamnya matahari.

Sheikh ‘Abdullah Bafadhal dalam karyanya:

وَتجب زَكَاة الْفطر بِشُرُوط إِدْرَاك غرُوب الشَّمْس لَيْلَة الْعِيد

Maksudnya: “Zakat fitrah diwajibkan dengan syarat melalui tenggelam matahari pada malam hari raya.”

3. Waktu Afdal

Pagi raya sebelum menunaikan solat raya adalah waktu afdal untuk membayar zakat. Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri mengeluarkan zakat sebelum baginda mengerjakan solat sunat aidilfitri seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.A:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِزَكَاةِ الفِطْرِ قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Maksudnya: “Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).”

4. Waktu makruh

Waktu makruh bagi umat Islam untuk membayar zakat adalah ketika selesai solat sunat hari raya. Menurut Ibn Hajar al-Haitami bahawa sunat hukum mengeluarkan zakat sebelum solat sunat hari raya, maka sunat juga tidak melewatkan bayaran zakat selepas daripada solat berkenaan kerana jika dilewatkan hukumnya makruh.

5. Waktu haram

Waktu haram bagi membayar zakat fitrah adalah selepas terbenamnya matahari ketika satu Syawal atau setelat tamatnya hari pertama Syawal.

(وَيَحْرُمُ تَأْخِيرُهَا عَنْ يَوْمِ الْعِيدِ) بِلَا عُذْرٍ كَغَيْبَةِ مَالِهِ أَوْ الْمُسْتَحِقِّينَ لِأَنَّ الْقَصْدَ إغْنَاؤُهُمْ عَنْ الطَّلَبِ فِيهِ (وَتَقْتَضِي وُجُوبًا فَوْرًا)

Maksudnya: “Haram melewatkan zakat selepas hari raya (aidilfitri) tanpa sebarang keuzuran seperti kehilangan hartanya atau hilang penerima zakat kerana zakat bertujuan untuk memenuhi tuntutan mereka. Wajib bagi orang yang melewatkan zakat itu menggantikannya serta-merta.”

Jadi, pastikan anda bayar pada waktu yang bersesuaian seperti perkongsian di atas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: PU Salman Jelas Dakwaan Baju Raya Warna Brick Orange (Jingga) Haram Dipakai

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×