Nur

Hukum Non-Muslim Gunting Rambut Bayi Di Majlis Berendoi, Ambil Tahu Sebelum Buat

16
SHARES
MAJLIS BERENDOI

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan gambar non-muslim hadir ke majlis berendoi dan menggunting rambut bayi. Tindakan itu sudah tentunya menjadi persoalan umat Islam kerana ia dibolehkan atau sebaliknya.

Bagi menjawab tanda tanya mengenai isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebook rasmi miliknya, ada menjelaskan dengan lebih lanjut. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: PU Salman Jelas Dakwaan Baju Raya Warna Brick Orange (Jingga) Haram Dipakai

HUKUM NON-MUSLIM GUNTING RAMBUT BAYI DI MAJLIS BERENDOI

MAJLIS BERENDOI

Jika seseorang itu dikurniakan cahaya mata, disunatkan untuk melakukan beberapa perkara iaitu tahnik, meletakkan nama bayi, akikah dan cukur rambut.

Bagi akikah, cukur rambut dan letak nama lebih afdal dilakukan pada hari ke-7. Antara hadisnya adalah seperti berikut:

كلُّ غُلامٍ رَهينةٌ بعَقيقةٍ تُذبَحُ عنه يومَ سابعِهِ، ويُحلَقُ رأسُهُ، ويُسَمَّى

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih (akikah) untuknya pada hari yang ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberikan nama.” Riwayat Abu Daud

Masyarakat melayu biasanya menzahirkan kesyukuran dengan mengadakan majlis berendoi dan marhaban. Biasanya orang soleh dan dihormati akan dijemput untuk menggunting sedikit rambut bayi sebelum dicukur semuanya oleh orang lain.

Bagi menjawab persoalan di atas, tindakan menjemput non-muslim untuk menggunting rambut adalah tidak haram. Walau bagaimanapun, menggunting rambut oleh non-muslim itu dilihat tidak sesuai dengan tujuan majlis tersebut.

Hal ini kerana biasanya orang soleh yang dijemput untuk menggunting rambut adalah bertujuan mengambil berkat. Perkara ini juga boleh mendatangkan fitnah kerana bertentangan dengan amalan kebiasaan masyarakat Islam yang mengkhususkan menggunting rambut bayi oleh orang soleh atau orang Islam yang dihormati dalam masyarakat.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Wanita Solat Tapi Terdedah Bahagian Kaki, Sah Atau Sebaliknya?

Sumber: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit imej: Korban Aqiqah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×