Famili

Mommy Bakal Bersalin Ramadan & Syawal, Ini 38 Inspirasi Nama Bayi Untuk Rujukan!

13
SHARES
nama anak

Ada tak bakal ibu yang dijangka akan bersalin pada bulan Ramadan dan Syawal ini? Kalau tak ada nama anak lagi, boleh pilih beberapa senarai di bawah sebagai inspirasi

Terdapat banyak senarai nama bayi penulis kongsikan di bawah untuk pilihan ibu bapa di luar sana. Pilihlah nama yang membawa makna baik.

Baca juga: Tengah Cari Nama Baby? Ini 100 Nama Bayi Perempuan Berasaskan Bunga. Comelnya!

KOLEKSI NAMA ANAK INSPIRASI BULAN RAMADAN & SYAWAL

NAMA ANAK

Nama bayi lelaki inspirasi bulan Ramadan

1. Fadly Ramadansyah Tahir

Nama ini mempunyai erti yang baik, iaitu anak lelaki yang dilahirkan dalam bulan yang penuh keberkatan.

2. Hafizh Ramadan Alfarezi

Ini bermakna anak yang menjaga kebaikan dan sentiasa bersemangat bekerja serta dilahirkan pada bulan Ramadan.

3. Ahsan Ramadan Zimraan

Nama ini bermaksud anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Ramadan dan menjadi pujaan ramai orang.

4. Ramadan Khalif Putra

Nama ini mempunyai erti yang sangat baik iaitu anak lelaki Islam yang lahir pada bulan Ramadan dan akan berjaya pada masa hadapan.

5. Abrisam Rafif Kareem

Maksud nama ini adalah seorang budak lelaki yang kacak, lemah lembut dan soleh serta sentiasa membuat baik dengan semua orang.

6. Abdul Kareem Hanif

Nama ini bermaksud budak lelaki yang suka menolong dan baik hati serta berpegang kepada agama Islam.

7. Ramadan Karim Mubarak

Maksud nama ini adalah anak lelaki yang lahir di bulan Ramadan penuh kemuliaan dan keberkatan.

8. Faisal Fatih Ramadhika

Nama ini membawa maksud seorang pemimpin yang bijak, baik budi dan sentiasa berpendirian tegas serta dilahirkan pada bulan Ramadan.

Nama bayi lelaki inspirasi bulan Syawal

1. Mueidi

Nama lain untuk bayi yang lahir pada hari raya adalah Mueidi. Maksud nama ini adalah mahir, berpengalaman dan pintar.

2. Eid

Eid adalah nama Arab untuk lelaki yang bermaksud hari perayaan dalam Islam. Ini adalah nama yang sesuai untuk Ibu yang melahirkan anak lelaki pada hari raya.

3. Aidil

Dalam bahasa Arab, makna nama Aidil berasal daripada عَادِل (aadil) yang bermaksud adil, baik peribadi dan berakhlak mulia.

4. Rafiqul Syawal Rahimullah

Sahabat di bulan Syawal yang pengasih daripada Allah.

5. Bakhram

Nama Bakhram sesuai menjadi pilihan ibu yang melahirkan anak pada bulan Syawal sebagai tanda kemenangan.

6. Habr

Habr membawa makna berkat seperti bulan Syawal yang membawa keberkatan.

7. Hasanul Syawal Hakimullah

Keindahan di bulan Syawal dah hikmah Allah

8. Akmalul Syawal Fadhlullah

Kesempurnaan di bulan Syawal dan anugerah daripada Allah SWT.

9. Faridul Syawal Rizqullah

Yang cemerlang di bulan Syawal dan rezeki daripada Allah.

10. Malikul Syawal Muhaiminullah

Penguasa bulan Syawal dan pelindung Allah.

NAMA ANAK

Nama bayi perempuan inspirasi bulan Ramadan

1. Sandhya Fitri Ramadani

Anak perempuan dengan cahaya berkar di bulan Ramadan.

2. Arisha Nurul Ramadani

Anak perempuan yang bercahaya dan mulia seperti bulan Ramadan.

3. Aqila Putri Ramadani

Anak perempuan pintar yang lahir di bulan Ramadan.

4. Shauma Nahda Rafanda

Kemuliaan dan kesejahteraan.

5. Afifah Shauma Adawiyah

Menjaga maruah diri.

6. Shauma Huriyah Huwaida

Gadis lembut seperti bidadari syurga yang lahir di bulan Ramadan.

7. Lailatul Aida Islami

Sentiasa beruntung dan penuh kemuliaan.

8.Lailatul Ayudia Inara

Gadis cantik, rendah diri dan cerdas yang dilahirkan pada malam kemuliaan.

9. Lailatul Nuha Zahira

Gadis yang dilahirkan di bulan kemuliaan dengan kecantikan yang cerdas dan berseri-seri.

10. Karima Farzana Alula

Anak perempuan yang murah hati dan bijaksana.

Nama bayi perempuan inspirasi bulan Syawal

1. Syawalani Zara Aisyah

Membawa maksud lahir pada bulan Syawal dan bunga yang cantik.

2. Syawalani Rania Haura

Bermaksud lahir pada bulan Syawal, ratu dan cahaya mata.

3. Athaya Syawali

Anak perempuan yang diberkati di bulan Syawal.

4. Syawaliqa Adabi

Baik akhlaknya dan solehah.

5. Shanum Fitriyana

Dilahirkan pada hari raya, suci dan hidupnya diberkati Allah SWT.

6. Qiana Syawaliqa

Lahir pada bulan Syawal, hidupnya diberkati Allah SWT

7. Raya Qanita

8. Syawalya Khaireen

Lahir di bulan Syawal, baik dan solehah.

9. Zahwa Fitriana 

Mempunyai makna seorang puteri yang cantik dan suci.

10. Syakira Mubarak

Anak yang sentiasa bersyukur dan dikurniakan rezeki dalam hidupnya.

Senarai di atas diharapkan dapat membantu ibu dan ayah memilih nama untuk anak.

Baca juga: 180 ‘List’ Nama Bayi Lelaki Islam 3 Perkataan Dalam Al-Quran, Dari Huruf A-Z!

Sumber: Tribun, Pop Mama & Sonora Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×