Famili

Azam Tahun Baharu 2024 Untuk Upgrade Diri, Kena Fokus 7 Perkara Utama Ini Dulu

25
SHARES
AZAM TAHUN BAHARU

Setiap orang pasti ada azam tahun baharu tersendiri yang perlu dicapai. Selain keinginan untuk cepat kurus, sebagai umat Islam anda harus sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dan berkualiti.

‘Upgrade’ diri anda menjadi Muslim berkualiti dengan menitikberatkan 7 perkara seperti perkongsian di bawah ini. Memang tak mudah tetapi kena ada usaha. Setiap usaha, insyaAllah akan ada hasilnya.

Baca juga: Doa Agar Terhindar Dari Sasaran Fitnah Orang Zalim, Baca Setiap Hari…

AZAM TAHUN BAHARU 2024, FOKUS 7 PERKARA INI UNTUK DIRI

AZAM TAHUN BAHARU

1. Tadabbur al-Quran

Cari masa dalam sehari untuk merenungi dan memahami makna ayat al-Quran. Lebih baik jika dapat mengamalkan & menerapkannya dalam kehidupan seharian.

2. Tingkatkan ibadah

Tingkatkan kualiti solat dan ibadah lain. Kuatkan hubungan dengan Allah melalui zikir, doa dan tafakur. Amalkan dalam setiap urusan kehidupan kita.

3. Perbanyakan ilmu agama

Tambah ilmu pengetahuan agama melalui bacaan, majlis selawat dan kuliah. Berusaha menjadi insan yang mampu menyumbang kepada agama dan masyarakat.

4. Berakhlak mulia

Tingkatkan akhlak mulia dan budi pekerti yang baik. Terap dan praktikkan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan termasuklah semasa bekerja dan bersosial.

5. Sosial & masyarakat

Melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Memberi manfaat yang baik kepada orang lain.

6. Zakat dan infaq

Zakat adalah kewajipan setiap Muslim. Manakala infaq adalah pemberian ikhlas yang dianjurkan dalam Islam. Semua ini bertujuan untuk membantu sesiapa yang memerlukan dan ianya membentuk sikap peduli dalam masyarakat.

7. Sentiasa refleksi diri

Refleksi diri secara berkala kerana ia boleh membantu menilai pencapaian dalam perkembangan diri dan kerohanian. Kenal pasti
di mana perlu perubahan dan peningkatan supaya setiap hari semakin baik.

Semoga tahun 2024 ini lebih bermakna dan segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah.

Terus bersemangat untuk langkah ke hadapan!

Baca juga: Doa Ketika Ditimpa Musibah Supaya Digantikan Dengan Nikmat Lebih Baik

Sumber: Facebook Dr Azura Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×