Nur

Doa Ketika Ditimpa Musibah Supaya Digantikan Dengan Nikmat Lebih Baik

37
SHARES
DOA KETIKA DITIMPA UJIAN

Buat anda yang sedang bersedih kerana ditimpa musibah, boleh amalkan membaca doa ketika ditimpa ujian dari Nabi Muhammad SAW.

Doa ini akan membuatkan segala situasi berat menjadi sumber kebaikan dan digantikan dengan nikmat yang lebih baik. InsyaAllah. Jom sama-sama kita amalkan.

Baca juga: Hukum Perempuan Mandi Kolam Di Tempat Awam & Bercampur Dengan Lelaki

DOA KETIKA DITIMPA UJIAN YANG DISARANKAN OLEH NABI SAW

DOA KETIKA DITIMPA UJIAN

Saat ditimpa apa jua ujian berat, musibah kehilangan, kesusahan, kesedihan dan lain-lain, amalkan doa ini agar segala rasa dan situasi berat menjadi sumber kebaikan dan digantikan dengan nikmat yang lebih baik.

Doa ini daripada Nabi SAW dalam hadis sahih. Daripada Ummu Salamah bahawa beliau berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ

Maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu dia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah.”

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala kerana musibah ini dan gantilah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya.” 

إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْا

Maksudnya: “Melainkan Allah menggantikan baginya dengan yang lebih baik.”

قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ummu Salamah berkata: Ketika Abu Salamah telah meninggal, saya bertanya, “Orang muslim manakah yang lebih baik daripada Abu Salamah? Dia ialah orang yang pertama hijrah kepada Rasulullah SAW.”

ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Kemudian aku pun mengucapkan doa tersebut. Maka Allah pun menggantikannya bagiku Rasulullah SAW.”

قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ

Maksudnya: “Ummu Salamah menceritakan bahawa Rasulullah SAW mengutus Hatib bin Abu Balta’ah melamarku untuk Baginda sendiri.”

فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ

Maksudnya: “Maka aku pun menjawab: Bagaimana mungkin. Aku telah mempunyai seorang anak wanita dan aku sendiri merupakan seorang pencemburu.”

فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ

Maksudnya: “Selanjutnya beliau pun menjawab: Adapun anaknya, maka kita doakan semoga Allah mencukupkan keperluannya dan aku mendoakan pula semoga Allah menghilangkan rasa cemburunya itu.” (HR Muslim, hadis sahih)

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Kedai Makan Guna Pelaris & Cara Hindar Daripada Terkena Jin

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×